Melawat sambil Belajar
Alhamdulillah sepanjang Syawal yang lalu kami banyak melawat tempat-tempat menarik di Oman. Ditambah pula anak-anak masih lagi bercuti, jadi kami manfaatkan masa ini untuk membawa anak-anak melawat sambil belajar. Bermula dengan membantu Saudari Muna dari Thailand melawat-lawat sekitar bandar Muscat pada hari raya pertama dan kedua, sekarang kami meneruskan program ini untuk anak-anak. Diantara tempat-tempat menarik ialah taman-taman dan kota-kota di Oman. Maklumlah anak-anak belajar di sekolah kerajaan Oman, jadi maklumat-maklumat sebegini amat diperlukan oleh anak-anak kami agar mampu memahami apa yang akan dipelajari di sekolah. Setakat ini kami telah melawat Kota-kota (Husn) Jibrin, Bahla, Ibri dan Barka. Memang banyak perkara yang mampu dipelajari disebalik kewujudan kota-kota sebegini di Oman. Inilah sejarah Oman yang agak menarik untuk dipelajari. Sayangnys saya tidak boleh memasukkan gambar tempat-tempat tersebut disini, kerana masalah teknikal, walaupun dah mencuba beber...