Menyayangi Diri Sendiri?
Menyukai diri sendiri, menyayangi diri sendiri....apakah kita akan dianggap mementingkan diri sendiri hanya kerana kita menyukai diri kita? Apa yang kita perlu faham ialah menyayangi diri sendiri bukan bermakna mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan orang lain disekeliling kita. Ia amat penting bagi kita untuk memastikan perjalanan hidup kita sentiasa berada di jalan yang benar. Mengapa kita perlu menyukai diri sendiri? Jika kita lihat bagaimana kita melayan sahabat kita atau orang lain, layanan istimewa penuh tertib, begitulah juga layanan yang sepatutnya kita berikan kepada diri sendiri atau lebih baik lagi . Menjadi kawan baik kepada diri sendiri bukan bermakna mementingkan diri. Cuba ambil satu situasi dan soal diri, "Apakah yang akan aku lakukan kepada kawan sekiranya dia berada ditempatku ketika ini? Berdasarkan jawapan itu, "apakah kita mampu melakukan perkara yang sama kepada diri sendiri?" Apabila kita membandingkan bagai...