Surirumah dan Ramadhan

Alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan kali ini, bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia untuk melipatgandakan ibadah dan mendidik diri menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Bila bercerita tentang Ramadhan, ia amat berkait dengan wanita khasnya surirumah. Ini kerana jadual kerja surirumah akan berubah daripada kebiasaan, daripada memasak tengahari kepada memasak tengah malam.

Malah ada surirumah yang akan dibebani dengan permintaan makanan yang berbeza-beza daripada ahli keluarga. Sekiranya pada bulan biasa surirumah memasak makanan yang biasa-biasa sahaja, tetapi biasanya pada bulan Ramadhan surirumah akan menyediakan makanan luarbiasa (ye ke?)

Kadang-kadang makanan yang tak pernah dimasakpun akan dicuba pada bulan ini, sekadar ingin mengubah menu makanan setiap hari. Jika tidak percaya lihatlah apa jenis makanan yang muncul di Bazaar Ramadhan dimana-mana. Sememangnya ia mampu menarik perhatian orang-orang berpuasa untuk berbelanja lebih serta makan berlebihan.

Bagi yang tidak mengunjungi Bazaar Ramadhanpun akan menyediakan sendiri pelbagai pilihan makanan menarik untuk ahli keluarga. Moga setiap kerja yang dilakukan diniatkan sebagai ibadah, untuk mencari keredhaan Allah swt.

Pada bulan Ramadhan juga akan muncul pelbagai buku resepi baru untuk berbuka dan bersahur, malah majalah dan suratkhabar juga akan memaparkan pelbagai resepi makanan untuk kita cuba.

Namun begitu tunaikan segala tugasan kita dirumah secara tidak keterlaluan, serta pastikan hubungan kita dengan Allah swt juga dimantapkan. Paling tidak kita mampu khatam quran sekali pada bulan ini.

Sememangnya Ramadhan merupakan peluang untuk surirumah memuhasabah diri, setakat mana kita mampu mengurus rumahtangga kita serta mengurus pemakanan ahli keluarga kita. Janganlah kita menjadi penyumbang kepada punca wujudnya masalah kesihatan ahli keluarga kita.

Moga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah di bulan mulia ini, serta dipermudahkan segala urusan.
Ramadhan Kareem.

Comments

  1. Assalamualaikum Aliza,

    Boleh x next artikel nnt Aliza tolong huraikan ttg "janganlah kita menjadi penyumbang masalah kesihatan keluarga kita" ? Saya terfikir mmg betul sebagai ibu kita memang menyumbang ke arah kesihatan keluarga kita.

    Nak minta pendapat Aliza bagaimana Aliza menangani masalah tersebut. Dengan corak pemakanan kita sekarang ini, sbg contoh untuk memasak mee katakan, kita akan menggunakan sos tiram, sos tomato dan sbgnya yg mana bhn2 tersebut mengandungi bahan pengawet.

    Sekian, tk.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih nzainipm kerana berkongsi pendapat disini.

    Sebenarnya saya menulis sebagai peringatan buat diri, kerana kitalah yang menyediakan makanan ahli keluarga kita. Kadang2 sayapun lupa terutama bila memasak mengikut resepi tertentu.

    Memang bahan pengawet banyak terdapat dalam makanan kita, jadi cubalah kurangkan kuantitinya. Kita juga boleh menggantikannya dengan bahan segar, sebagai contoh masukkan buah tomato segar sebagai ganti sos tomato, rasanya lebih sedap insya Allah. Sos tiram tak gunapun tak mengurangkan kesedapan makanan.

    Caranya masukkan buah tomato tersebut semasa menumis, dan tunggu sehingga ia hancur (jika blend) lebih cepat.
    Cubalah sendiri dan rasainya, memang sedap berbeza daripada sos tomato.

    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  3. Betul Za, kita banyak terpengaruh dgn corak pemakanan moden hari ni, byk perasa yg diiklankan di tv dan media2, dan kita pula beli atas dasar nak cepat masak dan hidangkan pd family. Tanpa sedar kita mengundang risiko kpd org2 yg kita sayangi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...