Sekadar Berkongsi....ikut kehendak hati.

Salam Ramadhan...

Entah kenapa saya banyak bercerita tentang makanan disini, lagi-lagi pada bulan puasa sebegini. Sebenarnya saya memikirkan tentang makanan kerana pada bulan puasa sebeginilah munculnya pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap untuk membuka selera makan kita.

Kadang-kadang surirumah terpaksa memasak beberapa jenis masakan untuk memenuhi selera ahli keluarga, hinggakan ada yang memasak ikan, ayam dan daging serta dihidangkan pada satu masa.

Jadi bila bercerita tentang pemilihan makanan sebegini, saya teringat beberapa jenis makanan yang tidak elok dicampurkan bersama-sama ketika makan. Ini berdasarkan buku 'tibb al-nabawi', ditambah penjelasan lain ketika belajar tentang tenaga, masa, warna dan bunyi.

Sebenarnya kita amat bertuah kerana dikurniakan rezeki sehingga mampu menyediakan pelbagai jenis makanan setiap hari. Kita mampu makan apa saja makanan yang kita inginkan tanpa perlu berkira-kira seperti orang susah. Alhamdulillah.

Diantara makanan yang tidak elok dimakan bersama-sama ialah ikan atau makanan laut, dimana sebaik-baiknya ia dimakan tanpa dicampurkan dengan makanan dari darat seperti daging dan ayam. Ini kerana makanan laut dan darat berasal daripada unsur yang berbeza. Jadi apabila kita mencampurkannya, kita akan menyusahkan sistem penghadaman kita ketika bekerja menghancurkan makanan tersebut.

Jika kita merujuk buku tibb al-nabawi terdapat pelbagai jenis makanan lain yang tidak elok dicampurkan ketika kita makan seperti ikan dan telur. (Insya Allah saya akan tulis entri khusus tentang ini)

Ini adalah berdasarkan kefahaman saya, akan tetapi ada satu idea lain yang ingin saya kongsikan bersama-sama disini iaitu idea yang saya perolehi ketika membaca buku 'The magic of thinking Success' oleh Dr. David J Schwartz.

Menurut penulis, kita mesti mengikut kehendak hati kita dalam melakukan sesuatu kerana ia akan membantu memanjangkan umur kita. Di sini beliau memberi contoh Winston Churchill yang telah memerintah Britain suatu ketika dulu, yang mana menurut beliau, Churchill adalah seorang yang tidak mengikut peraturan untuk hidup sihat, sebagaimana yang selalu disebut oleh pakar-pakar perubatan.

Penulis menyebutkan bahawa Churchill adalah seorang yang minum Arak secara berlebihan, merokok sedozen rokok sehari, tidak pernah joging, memiliki berat badan yang berlebihan, makan apa saja yang beliau suka dan seberapa banyak yang dia suka. 

Namun begitu beliau melakukan kerja mengikut kehendak hati beliau, menulis buku, memberi ceramah serta membuat keputusan-keputusan penting dalam pemerintahan beliau. Beliau dikurniakan umur yang panjang sehingga 91 tahun.

Jadi apakah nasihat-nasihat pemakanan berguna kepada kita ataupun kita ingin hidup seperti Churchill, yang seronok memenuhi setiap keinginan beliau? Fikir-fikirkanlah....




Comments

  1. Assalamualaikum sdri Aliza,

    Sebenarnya saya mmg ingin bertanya ttg campuran makanan yg tdk digalakkan spt telur dan ikan dsb.Nampaknya persoalan di fikiran saya sama spt sdr Aliza.Saya juga pernah belajar ttg tenaga, warna, masa dan bunyi.

    Apa yg saya belajar dan praktikkan adalah mengikut suara hati.Suara hati yg pertama adalah ilham dpd Allah melalui bisikan2 dr malaikat yg mendampingi kita dan suara hati selepas yg pertama adalah dpd syaitan yg mendampingi kita.Mengikut surah Assyams, ALLAH mengilhamkan jln kejahatan dan jln ketaqwaan.Beruntunglah org yg menyucikan jiwa itu dan sungguh rugi org yg mengotorinya.

    Bagi sy org yg terlampau mengikut peraturan sangat boleh mengakibatkan keadaan jiwa yg tdk tenang dan kurang bersikap pasrah di atas ketentuan ALLAH.Dia bertindak seolah dia berkuasa penuh di atas setiap keputusan yg diambilnya sbb itu dia mesti mengikut peraturan yg ada.Keadaan ini menyebabkan dirinya tertekan apabila ia tdk mampu memenuhi peraturan tersebut atau kecewa apabila hasil yg didapati tdk sama dgn teori yg dipercayainya.

    Jiwa yg tdk tenteram mmg antara punca sebahagian besar penyakit.Ada juga betulnya sikap Churchill itu.Kita mesti suka apa yg kita buat.Apabila hati suka, timbullah semangat utk hidup.Semangat itulah sebenarnya punca kekuatan diri kita utk melawan penyakit atau meneruskan kehidupan dan sebagainya.

    Sekian perkongsian utk kali ini.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    Terima kasih nzaini kerana berkongsi pendapat di sini.
    Betul apa yang disebutkan tu, jika kita terlalu berkira sangat apa yang kita buat, akhirnya kita akan mendapat masalah.

    Akan tetapi bab halal haram ni kenalah kita perhatikan, tak boleh ikut sesuka hati kita. Apa-apapun yang kita buat pastikan hati kita tenang dan hening.

    Insya Allah nanti saya kongsikan ttg makanan seperti yg disebut dlm buku tibb nabawi. Rasanya kalau nak ikut sistem pemakanan ilmu tenaga tu lagi susah, banyak sangat teorinya.

    Bagi saya paling senang ikut sunnah, jenis makanan, waktu makan, kuantiti makanan dll kalau kita ikut cara Rasulullah saw, insya Allah kesannya lebih baik untuk kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat