Posts

Showing posts from January, 2010

Terima Kasih...

Terima kasih kepada adik yang menyedarkan diri ini agar fokuskan kepada satu-satu kerja. Sebenarnya itulah perancangan tapi sememangnya kelemahan saya ialah terlalu lemah dengan permintaan sahabat. Jadi niat asal bertukar menjadi dua dan segala pemikiran berpecah semula menjadi dua halatuju yang berbeza. Jadi hari ini setelah menghabiskan masa seharian di luar rumah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, saya rasa inilah jalan terbaik buat saya. Fokuskan kepada niat asal, moga Allah memudahkan urusan ini dan membuka jalan seterusnya. Moga pada penghujung bulan pertama tahun ini, saya akan lebih fokus lagi kepada segala matlamat yang dirancang. Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Belajar Menyesuaikan Diri

Alhamdulillah sebagai surirumah, kita bertuah kerana mempunyai masa yang lebih berbanding wanita yang bekerja, namun begitu kita hendaklah pandai menyesuaikan diri kita sepanjang masa. Apa yang saya maksudkan dengan menyesuaikan diri di sini? Pandai-pandailah menyesuaikan diri kita dengan alam sekeliling kita. Sebagai contoh wanita yang berpindah ke tempat lain, dia hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat baru tersebut. Bila wanita yang baru berada dirumah, pandai-pandailah dia menyusun masa agar suasana baru tersebut tidak memberi tekanan kepadanya. Bayangkan jika kita tidak berfikir untuk menyesuaikan diri kita dengan alam sekeliling kita, banyak masalah yang terpaksa kita tempuhi, kadang-kadang kita menyusahkan orang lain untuk membantu kita. Dulu-dulu sewaktu baru berada di luar negeri kelahiran, saya tidak boleh berpisah daripada makanan kesukaan saya, iaitu keropok. Setiap kali balik kampung itulah barangan yang tidak akan saya lupa untuk dibawa ke tempat baru. L

Bila pernah bekerja diluar...

Alhamdulillah sebagai surirumah, kita sesungguhnya bertuah kerana mempunyai banyak masa terluang untuk keluarga kita. Namun begitu ramai surirumah yang menghadapi masalah mengurus semula diri mereka setelah berhenti kerja dan berada dirumah, terutama bagi mereka yang berhenti kerja kerana terpaksa atas sebab-sebab di luar jangkaan mereka. Kadang-kadang kita akan dianggap gagal merancang, sedangkan itulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh surirumah yang sanggup mengikut suami bertugas ke tempat lain, terutama ke luar negara. Ketika itu wanita akan terasa kekosongan yang teramat sangat dalam diri mereka, satu perasaan yang hanya dapat dikongsi oleh orang yang sama-sama mengalaminya sahaja. Ada kawan meluahkannya kepada suami, tetapi sukar untuk suami memahaminya kerana ia bukan tekanan tapi kekosongan dalam diri yang minta diisi dengan sesuatu kerja bermanfaat untuk mengisi satu ruang yang telah dibuka suatu ketika dulu. Malah bagi wanita yang selalu sibuk, perubahan sebegit

Memasak dari Hati

Alhamdulillah hari ini saya teringin untuk berkongsi satu tip yang selalu saya gunakan ketika memasak makanan untuk keluarga. Nak dikatakan pakar memasak mungkin tidak, tetapi saya telah dibiasakan memasak makanan keluarga semenjak darjah enam. Bermula dengan memasak menggunakan dapur kayu yang menggunakan kayu-kayu yang terpaksa dicari dalam belukar disekeliling rumah hinggalah menggunakan teknologi moden hari ini. Alhamdulillah sepanjang tempoh tersebut banyak pengalaman yang telah saya kutip berkaitan memasak, malah sempat juga memasak menggunakan oven ciptaan sendiri (guna periuk yang diisi dengan pasir dan letakkan api diatas) ketika ingin menyiapkan biskut raya. Memang betul-betul tradisional lah. Namun begitu ada tips yang amat senang untuk kita amalkan agar makanan yang kita masak sentiasa sedap bagi setiap orang yang memakannya. Cubalah memasak dari hati, insya Allah makanan yang kita hasilkan akan terasa sedap. Ini kerana apabila hati kita ikhlas memasak dengan penuh

Laungan Fitrah

Alhamdulillah saya berkesempatan membaca buku "Saarahul Fitrah" (laungan fitrah) karya Mohammad Rashid Al-Uwaid. Beberapa isu yang disebut dalam buku tersebut mampu menguatkan motivasi bagi wanita yang berada dirumah. Penulis sebenarnya menceritakan tentang wanita-wanita Barat yang telah kembali menerima konsep wanita berada dirumah. Ia bertujuan untuk membuka mata wanita-wanita Arab yang begitu ghairah dalam kerjaya diluar rumah, serta menyerahkan segala urusan rumahtangga kepada pembantu rumah. Sememangnya fitrah wanita sayangkan keluarga, malah keluarga begitu bermakna dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi ketika usia meningkat. Peluang untuk sentiasa berada disamping anak-anak begitu bermakna bagi setiap wanita, malah peluang melihat perkembangan anak-anak itulah kepuasan hati kita. Apalah maknanya jika kita berkahwin dan membina keluarga kemudian tidak sempat menunaikan bakti yang sepatutnya dicurahkan kepada suami dan anak-anak kerana kesibukan kita bekerja dilua

Dapur Kita...ditangan Kita

Alhamdulillah saya sempat membaca buku "Farmasi anda di Dapur Anda" karya Dr.Sahba' Mohamad Bunduk. Ia mengingatkan saya pelbagai isu yang saya tonton di TV beberapa hari lepas mengenai wanita yang tinggal dikawasan pedalaman. Saya amat kagum melihat kehebatan wanita-wanita tersebut melaksanakan pelbagai tugas disamping menjadi doktor keluarga. Dalam kesibukan mengurus rumahtangga, mereka masih perlu menyiapkan benang bulu untuk dibuat pakaian serta khemah. Kemudian mereka juga perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan disekitar mereka yang boleh digunakan sebagai ubat. Memang terserlah kehebatan wanita dikawasan pedalaman, yang mana seluruh kehidupan mereka diserahkan untuk kemaslahatan keluarga. Bila melihat wajah mereka yang susah untuk tersenyum, saya mengagak bahawa kesukaran itulah yang menyebabkan mereka menjadi begitu. Bukan senang untuk mengurus dan melaksanakan segala tugasan sedangkan lelaki cuma menunggu wanita menyempurnakan segala urusan rumahtangga. Jika

Melangkah ke Tahun Baru

Alhamdulillah hari ini masuk hari ketiga kita berada di tahun baru 2010 dan sudah 17 hari kita berada di tahun 1431H. Begitu cepat masa berlalu, saya melangkah ke tahun ke 5 berada dirumah. Kadang-kadang saya terfikir apa yang telah aku lakukan sepanjang tempoh tersebut? Jika kanak-kanak, akan melangkah ke alam persekolahan, tapi saya mungkin masih bertatih mengajar diri mengatur masa sebaik-baiknya sebagai surirumah sepenuh masa. Bagi saya berada dirumah adalah satu proses mencari diri, mengukur tahap kecekapan diri, menguji apakah diri ini mampu menjadi seorang khalifah Allah sebagaimana yang dijelaskan didalam Al-Quran. Ini kerana Allah swt mencipta manusia untuk menjadi khalifah di alam ini. Apakah kita mampu menjadi khalifah untuk diri sendiri dan keluarga? Satu persoalan yang amat sukar untuk dijawab. Apakah kita mampu membentuk keluarga kita untuk turut sama memahami konsep khalifah ini. Moga Allah memudahkan segala-galanya. Memang semua ibubapa inginkan anak-anak merek