Melangkah ke Tahun Baru

Alhamdulillah hari ini masuk hari ketiga kita berada di tahun baru 2010 dan sudah 17 hari kita berada di tahun 1431H.

Begitu cepat masa berlalu, saya melangkah ke tahun ke 5 berada dirumah. Kadang-kadang saya terfikir apa yang telah aku lakukan sepanjang tempoh tersebut? Jika kanak-kanak, akan melangkah ke alam persekolahan, tapi saya mungkin masih bertatih mengajar diri mengatur masa sebaik-baiknya sebagai surirumah sepenuh masa.

Bagi saya berada dirumah adalah satu proses mencari diri, mengukur tahap kecekapan diri, menguji apakah diri ini mampu menjadi seorang khalifah Allah sebagaimana yang dijelaskan didalam Al-Quran. Ini kerana Allah swt mencipta manusia untuk menjadi khalifah di alam ini.

Apakah kita mampu menjadi khalifah untuk diri sendiri dan keluarga? Satu persoalan yang amat sukar untuk dijawab. Apakah kita mampu membentuk keluarga kita untuk turut sama memahami konsep khalifah ini.
Moga Allah memudahkan segala-galanya.

Memang semua ibubapa inginkan anak-anak mereka menjadi insan terbaik, tapi apakah didikan yang kita berikan bersesuaian dengan fitrah mereka? Apakah tanggapan kita terhadap anak-anak setiap hari, apakah kita menyuntik kata-kata positif buat mereka ataupun kita yang membunuh setiap keinginan mereka?

Jadi langkah ku ditahun baru ini disusun untuk memahami lagi konsep khalifah Allah serta bagaimana membentuk anak-anak mengekalkan jatidiri mereka. Apakah diri ini sudah berjaya menunaikan segala tanggungjawab diri sebagai salah seorang khalifah Allah dibumi ini?

Insya Allah boleh selagi kita tetap yakin.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat