Skip to main content

Bila pernah bekerja diluar...

Alhamdulillah sebagai surirumah, kita sesungguhnya bertuah kerana mempunyai banyak masa terluang untuk keluarga kita. Namun begitu ramai surirumah yang menghadapi masalah mengurus semula diri mereka setelah berhenti kerja dan berada dirumah, terutama bagi mereka yang berhenti kerja kerana terpaksa atas sebab-sebab di luar jangkaan mereka.

Kadang-kadang kita akan dianggap gagal merancang, sedangkan itulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh surirumah yang sanggup mengikut suami bertugas ke tempat lain, terutama ke luar negara.

Ketika itu wanita akan terasa kekosongan yang teramat sangat dalam diri mereka, satu perasaan yang hanya dapat dikongsi oleh orang yang sama-sama mengalaminya sahaja.

Ada kawan meluahkannya kepada suami, tetapi sukar untuk suami memahaminya kerana ia bukan tekanan tapi kekosongan dalam diri yang minta diisi dengan sesuatu kerja bermanfaat untuk mengisi satu ruang yang telah dibuka suatu ketika dulu.

Malah bagi wanita yang selalu sibuk, perubahan sebegitu akan menyebabkan tekanan memandangkan mereka menukar banyak perkara rutin dalam hidup selama ini.

Bayangkan perubahan keadaan daripada status 'terlalu sibuk' kepada 'terlalu tiada tekanan', akan menyebabkan wanita terpaksa mencari sokongan luar untuk menstabilkan semula diri mereka. Namun begitu kesan tekanan tersebut akan dapat dikurangkan apabila kita memiliki pengisian rohani yang mantap.

Oleh itu, kita tidak boleh mengambilmudah persoalan berhenti kerja kerana kesannya begitu besar dalam diri kita. Ia bukan persoalan duit tapi persoalan mencari sesuatu yang bermakna buat diri atau lebih mudah dikatakan mencari apakah sebenarnya tujuan kita dijadikan.

Status 'berhenti kerja' amat berbeza daripada status 'cuti tanpa gaji' walaupun realitinya tidak jauh berbeza, sama-sama tidak bekerja. Tapi apabila kita menandatangan untuk berhenti kerja, maka pelbagai kesan negatif pada diri akan terzahir tanpa kita sedari.

Alhamdulillah berada disini menyebabkan saya berpeluang bertemu dengan begitu ramai wanita professional yang terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja demi kebaikan keluarga masing-masing. Apabila ditambah pula kesan berada jauh daripada keluarga dan teman, maka status yang dipilih tersebut akan menjadi tekanan yang berat bagi wanita yang tidak mampu mengurus perasaan dengan baik.

Itulah bezanya wanita daripada lelaki, terutama bagi wanita yang mempertahankan 'hidup bersama dalam satu keluarga', yang mana pengorbanan tersebut teramat besar dan memerlukan kekuatan dari segenap sudut untuk menghadapinya.

Namun apabila kita menerima segalanya dengan redha, serta berusaha mendapatkan manfaat daripada ujian tersebut insya Allah kita akan beroleh sesuatu yang terlalu bererti buat diri kita. Ketika itu barulah kita mengerti untuk apa kita dijadikan.

Subhanallah begitu besar kasih sayang Allah kepada kita, DIA memberi tapi kita merasakan ia ujian dan tekanan. Moga kita terus kuat dan tabah, serta berusaha memahami apa hikmah disebalik setiap ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.

 


Comments

  1. tenang saya membaca artikel akak nie..tq ye :)

    ReplyDelete
  2. WanitaYangMencariNur17 October 2012 at 23:08

    Assalamualaikum, hati terpanggil utk beri komen pd blog akak. sy kagum dgn keberanian dan nekad akak untuk menjadi surirumah dan meninggalkan apa yg telah dicapai sebelum ini. untuk pengetahuan, sy tidaklah sehebat akak dlm kerjaya, saya hanya seorang guru sekolah menengah berusia 30thn. sebenarnya, telah sekian lama suami meminta sy menjadi surirumah sepenuh masa. in fact, sejak sebelum kahwin lg. kini usia perkahwinan telah 8 tahun dan dikurniakan anak 7 thn, 4 thn dan 2 bln (tp meninggal di usia 15 hari). namun, sy masih belum mempunyai kekuatan utk menurut seruan suami yg menuntut sy menjadi surirumah. sy takut jika suatu hari sy dipersiakan oleh suami. sy takut sy tidak bhgia dan pelbagai perasaan kurang yakin dlm pelbagai aspek. naluri utk mendidik sendiri anak2 dan mengurus sendiri makan pakai keluarga memang sentiasa ada dlm hati, tp sy x mampu menepis perasaan tidak yakin dgn masa depan yg akan mendatang. tambahan pula, nasihat2 dari org2 terdekat dan kwn2 x pernah menyokong pilihan utk mjadi surirumah. sejak kebelakangan ini, kehidupan kami byk diduga dgn musibah2 yg x pernah sy jangka. dan hati terdetik utk CUBA menjadi surirumah... bagaimana harus saya cari kekuatan utk menjadi surirumah, kak?

    ReplyDelete
  3. Kepada wanita yang mencari nur....

    Komen saya mungkin lewat buat awak. Tapi mohon izinNya untuk saya menulis buat tatapan yang lain...

    Soal masa depan bukan kita yang tetapkan tetapi kehidupan kita ini telah ditetapkan olehNya. Dan Dia telah menunjuk ajar cara kita untuk mengetahui ketetapanNya yang di hadapan untuk kita iaitu melalui solat istikharah...Dia yang Maha Mengatur dan Menyusun yang terbaik untuk kita, manusia yang disayangiNya.

    Buat segala masalah yang datang, kita fikirkan itu adalah ujian. Tetapi, cuba kita tukarkan pemikiran itu bahawa yang datang kepada kita adalah pendidikan untuk kita. Pada ketika itu, Allah sedang melihat kita dan menilai apa lagi kurangnya kita untuk menjadi manusia sempurna di sisiNya. Contoh: diberikan anak yang sakit untuk mendidik kita menjadi sabar...diberi kesempitan duit untuk mendidik kita belajar menjadi organize dan tersusun dalam pengurusan kewangan...

    Mendengar komen2 dan kata2 yang tidak menyokong hasrat kita itu adalah lumrah...kerana manusia suka BERKATA2 tetapi sering tidak BERTINDAK.. sekiranya tindakan kita menongkah arus dari orang sekeliling kita waima ibubapa, adik beradik ataupun teman rapat,mereka akan kata kita yang salah, kita yang rugi... sebenarnya kita tak salah dan kita tak rugi... Kita ini istimewa dan unik jadi keputusan kita itu keputusan yang istimewa dan unik...

    Seorang suri rumah yang terbaik dan profesional adalah seorang yang mahir dalam pengurusan masa. Situasi setiap seorang suri rumah berbeza jadi hanya kita sahaja yang boleh melakukan pengurusan yang terbaik untuk kita. Ambil lah tips2 pengurusan rumah tangga di internet yang tumbuh bak cendawan sama ada dari Malaysia atau dari luar negara....dan lakukan analisa tips2 tersebut sama ada praktikal atau tidak untuk kita dan keluarga kita...

    Sebagai hamba Tuhan, wanita, isteri dan ibu....kitalah sumber cinta dan kasih sayang buat keluarga kita... berdiri kukuhnya keluarga kita bukan kerana kudrat fizikal atau material....tetapi berdiri kukuhnya keluarga kita adalah dengan kasih sayang.

    Teruskan lah mencari ilmu. Jangan pernah putus dari meningkatkan pengetahuan kita. Dengan ilmu lah kita mampu membuat pengurusan dengan penuh disiplin. Dengan kasih sayang lah kita membuat pengurusan dengan sepenuh hati.


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami.Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian.Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki.Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengorek pai…

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan …

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.
Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.
Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 
Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.
Sebenarnya banyak manfaat in…