Dapur Kita...ditangan Kita

Alhamdulillah saya sempat membaca buku "Farmasi anda di Dapur Anda" karya Dr.Sahba' Mohamad Bunduk.

Ia mengingatkan saya pelbagai isu yang saya tonton di TV beberapa hari lepas mengenai wanita yang tinggal dikawasan pedalaman. Saya amat kagum melihat kehebatan wanita-wanita tersebut melaksanakan pelbagai tugas disamping menjadi doktor keluarga.

Dalam kesibukan mengurus rumahtangga, mereka masih perlu menyiapkan benang bulu untuk dibuat pakaian serta khemah. Kemudian mereka juga perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan disekitar mereka yang boleh digunakan sebagai ubat. Memang terserlah kehebatan wanita dikawasan pedalaman, yang mana seluruh kehidupan mereka diserahkan untuk kemaslahatan keluarga.

Bila melihat wajah mereka yang susah untuk tersenyum, saya mengagak bahawa kesukaran itulah yang menyebabkan mereka menjadi begitu. Bukan senang untuk mengurus dan melaksanakan segala tugasan sedangkan lelaki cuma menunggu wanita menyempurnakan segala urusan rumahtangga. Jika wanita tidak mampu lelaki akan berkahwin lagi untuk membantu mereka dalam urusan hidup.

Itulah kehidupan wanita di pedalaman. Moga mereka beroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan keluarga mereka kerana ditangan mereka terletak segala-galanya.

Sememangnya surirumah adalah orang yang mengurus dapur rumah, memastikan keperluan rumahtangga termasuklah barang-barang kegunaan rumah. Sekiranya surirumah pandai mengurus dapur, insya Allah banyak penyakit dapat dielakkan. Keluarga sihat hati kita juga senang.

Walaupun kita tidak perlu melakukan kerja-kerja berat sebagaimana yang perlu dilakukan oleh wanita pedalaman, tetapi sekiranya kita mahir tentang apa yang ada dalam barangan dapur kita, ia akan membantu kita dalam banyak perkara.

Jadi berusahalan untuk menambah ilmu tentang barangan dapur kita agar kita mampu menggunakannya sebagai ubat yang mujarab untuk keluarga kita.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat