Sekadar Berkongsi....ikut kehendak hati.
Salam Ramadhan... Entah kenapa saya banyak bercerita tentang makanan disini, lagi-lagi pada bulan puasa sebegini. Sebenarnya saya memikirkan tentang makanan kerana pada bulan puasa sebeginilah munculnya pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap untuk membuka selera makan kita. Kadang-kadang surirumah terpaksa memasak beberapa jenis masakan untuk memenuhi selera ahli keluarga, hinggakan ada yang memasak ikan, ayam dan daging serta dihidangkan pada satu masa. Jadi bila bercerita tentang pemilihan makanan sebegini, saya teringat beberapa jenis makanan yang tidak elok dicampurkan bersama-sama ketika makan. Ini berdasarkan buku 'tibb al-nabawi', ditambah penjelasan lain ketika belajar tentang tenaga, masa, warna dan bunyi. Sebenarnya kita amat bertuah kerana dikurniakan rezeki sehingga mampu menyediakan pelbagai jenis makanan setiap hari. Kita mampu makan apa saja makanan yang kita inginkan tanpa perlu berkira-kira seperti orang susah. Alhamdulillah. Diantara makanan yang tidak ...