Mengurus makanan...
Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi tentang pengurusan makanan dirumah. Apa pula ceritanya ni? Apakah makanan pun perlu diurus? Sebenarnya mengurus makanan adalah diantara kerja surirumah yang tidak boleh dibiar begitu sahaja. Apa maksudnya mengurus makanan? Mengurus makanan bermula daripada pemilihan bahan makanan yang sesuai, membeli, menyimpan, memasak serta mengitar semula makanan. Maknanya banyak juga urusan berkaitan makanan ni. Ramai yang sukakan kesenangan dengan membeli makanan dari luar, menyediakan makanan daripada makanan sejukbeku, ataupun membeli pes-pes dan segala jenis campuran sedia ada dipasaran sebagaimana yang selalu ditunjukkan dalam iklan di Malaysia. Bila melihat segala macam makanan sedia ada terjual diluar, apa perlunya wanita mengurus makanan, beli sahaja dari luar, hati lebih senang, serta dapat gunakan masa untuk membuat kerja-kerja lain. Tapi hati kecil wanita tetap ingin menyediakan sesuatu dari air tangan sendiri buat keluarga ...