Posts

Showing posts from December, 2009

Cuba Membuat Sesuatu

Ketika berada dirumah kita berpeluang memuhasabah diri, kitalah pengurus rumahtangga kita, kitalah bos. Jadi cubalah fikirkan untuk membuat sesuatu yang bermakna buat diri sendiri dan keluarga kita. Ada yang memikirkan untuk bekerja dari rumah, ada pula yang berfikir apa yang boleh aku bantu dari rumah? Namun begitu pastikan tugas utama kita mampu diselesaikan sebaik mungkin. Kemudian fikirkan apakah sumbangan kita buat insan lain disekeliling kita. Apakah kita mengambilberat tentang masyarakat disekeliling kita? Ataupun kita hanya menumpukan perhatian kepada rumahtangga kita semata tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar kita? Ambillah peluang berada dirumah untuk memupuk semangat bermasyarakat, bukannya mengasingkan diri daripada mereka. Ini kerana kita juga sebahagian daripada masyarakat, jika elok masyarakat sekeliling kita, kita akan mampu hidup aman damai, jika buruk masyarakat disekeliling kita, kita juga akan menerima kesannya. Oleh itu pastikan ada sumbangan kita buat ji

Jangan Mudah Mengalah

Bila berada dirumah kita akan diuji, lebih-lebih lagi bagi seorang yang pernah bekerja dan menjawat jawatan tertentu. Pada suatu ketika kita akan merasa ingin kembali menikmati segala kelebihan yang diperolehi suatu ketika dulu. Dalam masa yang sama kita akan terasa seolah-olah usaha yang dilakukan dirumah tidak berbaloi. Itulah diantara ujian seorang surirumah terpelajar. Namun begitu sekali kita membuat keputusan, jangan sekali-kali kita menarik balik keputusan tersebut, lebih-lebih lagi keputusan yang dibuat setelah kita berfikir dan beristikharah. Itulah yang terbaik buat kita. Setiap orang inginkan kejayaan dalam hidup, akan tetapi mereka tidak akan dapat mencapainya tanpa usaha yang berterusan. Fikirkanlah cara terbaik yang boleh dilakukan tanpa mengulangi semula rutin lama sewaktu bekerja diluar rumah. Allah memberi aqal untuk kita berfikir, apabila kita telah membebaskan diri daripada menjadi pekerja kepada orang lain, kita bebas berfikir dan merancang, apakah kita sanggu

Mengapa Takut?

Dalam kehidupan ini kita selalu takut, betul tak? Tapi mengapa kita takut? Ramai yang takutkan bayang-bayang sendiri, takut dikata oleh orang lain, takut untuk membuat sesuatu perkara yang lain dari orang lain serta pelbagai lagi perasaan takut tersebut. Jadi banyaklah perkataan takut disebut dimana-mana. Jika tak percaya cuba kira berapa kali kita mengulanginya setiap hari. Jika hendak dikira daripada kecil mungkin beribu-ribu kali kita mengulang perkataan tersebut. Itulah penyebab kelemahan kita. Bukan mengata orang lain akan tetapi buat peringatan diri sendiri yang sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut mencubalah yang akan menjadi penyebab kegagalan kita untuk bersaing dalam dunia ini. Selagi kita takut kita tidak akan kemana, walau sampai peringkat manapun pelajaran kita. Jadi belajarlah untuk sentiasa menyebut perkataan berani, agar kita makin berani memcuba. Disamping itu sentiasalah berdoa agar kita diberikan kekuatan dan berani menghadapi ujian hidup ini.

Asas Kesihatan Keluarga di tangan Kita

Biasanya para surirumah bangun pagi dengan penuh bersemangat untuk meneruskan tugasan mereka. Hari ini diistiharkan cuti sekolah kerana dijangkakan bahawa hujan lebat dan angin kuat akan melanda beberapa bahagian di negara Oman. Jadi anak-anak berada dirumah dan rutin saya berubah pada pagi ini. Alhamdulillah kerana masih diberikan kekuatan untuk mengharungi hidup diperantauan, serta diberikan kesihatan yang baik dan keluarga yang sihat. Pernahkah anda terfikir bahawa surirumah adalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap kesihatan ahli keluarga? Ini kerana tangan surirumah yang menyediakan segala makan minum serta menjaga kebersihan rumahtangga. Ramai orang yang menghadapi masalah kesihatan selepas berkahwin, daripada kurus kering menjadi begitu gemuk selepas berkahwin. Ada yang beralasan bahawa hati senang kerana ada orang menguruskan semua hal sedangkan mereka lupa kesan disebalik semua itu. Bak kata orang Sudan: "Jika seseorang wanita kurus kering selepas kahwin

Bermotivasikah Anda hari Ini?

Sebagai Surirumah sepenuh masa kita hendaklah sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan segala tugasan kita. Bayangkan jika kita tidak bermotivasi, apa akan jadi dengan rumah kita? Bersepah, berselerak serta pelbagai lagi ungkapan seumpamanya. Orang yang bermotivasi tinggi dapat melaksanakan segala tugasan tersebut dengan cepat dan berkesan. Namun begitu terdapat pelbagai perbezaan teknik dalam melaksanakan tugasan. Jadi apakah anda bemotivasi tinggi hari ini? Pastikan ya, jika tidak selidiki apa punca masalah tersebut serta cepat-cepat selesaikannya. Jangan biarkan diri berterusan tidak bermotivasi, kerana kesannya terlalu banyak, bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pasangan dan anak-anak anda. Selalulah berdoa kepada Allah: "Ya Allah berikanlah ketenangan dan kekuatan kepadaku untuk melaksanakan segala tanggungjawabku. Rabbi yassir wa la tu'assir."

Bunga-bungaan Mendamaikan Hati

Image
Apabila kita berada dikawasan padang pasir, yang jauh berbeza daripada tanahair sendiri, maka peluang melihat bunga-bunga hiasan ditepi jalan dan ditaman-taman amat mendamaikan hati. Apatah lagi bila melihat kehijauan rumput ditaman, ada satu perasaan dalam diri menyatakan betapa indahnya ciptaan Ilahi. Sesungguhnya warna-warna dan hijau pokok adalah satu ubat yang tiada bandingannya,subhanallah.   Bila melihat bunga ini, saya teringat kenangan masa kecil sewaktu kami menanamnya dihalaman rumah kami. Kami namakannya pokok bunga Beris,entah dari mana datangnya nama tersebut wallahu'alam. Tapi pokok yang selalu kami tanam mengeluarkan bunga putih dan purple, disini ia boleh didapati dalam pelbagai warna yang amat cantik. Subhanallah. Ini pula diantara bunga-bungaan yang ditanam di hadiqa tempat kami berehat dan berkumpul setiap petang hujung minggu. Ketika inilah kami berpeluang bertemu dengan jiran tetangga yang berlainan bangsa. Masa untuk praktik cakap Arab. Anak-anak su