Asas Kesihatan Keluarga di tangan Kita

Biasanya para surirumah bangun pagi dengan penuh bersemangat untuk meneruskan tugasan mereka. Hari ini diistiharkan cuti sekolah kerana dijangkakan bahawa hujan lebat dan angin kuat akan melanda beberapa bahagian di negara Oman. Jadi anak-anak berada dirumah dan rutin saya berubah pada pagi ini.

Alhamdulillah kerana masih diberikan kekuatan untuk mengharungi hidup diperantauan, serta diberikan kesihatan yang baik dan keluarga yang sihat.

Pernahkah anda terfikir bahawa surirumah adalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap kesihatan ahli keluarga? Ini kerana tangan surirumah yang menyediakan segala makan minum serta menjaga kebersihan rumahtangga.

Ramai orang yang menghadapi masalah kesihatan selepas berkahwin, daripada kurus kering menjadi begitu gemuk selepas berkahwin. Ada yang beralasan bahawa hati senang kerana ada orang menguruskan semua hal sedangkan mereka lupa kesan disebalik semua itu.

Bak kata orang Sudan: "Jika seseorang wanita kurus kering selepas kahwin itu maknanya mereka hidup merana, si suami tidak mampu menggembiranya hati si isteri." Sebab itulah kita dapati bahawa kebanyakan wanita Sudan menjadi gemuk selepas kahwin.

Jadi sebagai surirumah kita hendaklah tahu memilih makanan yang baik dan menyihatkan keluarga kita, agar kita tidak ditimpa kesusahan kemudian hari.

Ramai surirumah menyangka bahawa dengan menyediakan makanan yang hebat pada pandangan mata itulah kejayaan mereka. Sedang mereka lupa memikirkan apakah bahan yang mereka gunakan untuk menyediakan makanan tersebut dari segi kualitinya, apakah ia sesuai untuk tubuh kita pada jangka masa panjang.

Janganlah kita menjadi orang yang menyumbang kepada kerosakan tahap kesihatan keluarga kita. Semuanya ditangan kita, jadi pilihlah yang terbaik untuk keluarga tersayang.





Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat