Mengapa Takut?

Dalam kehidupan ini kita selalu takut, betul tak? Tapi mengapa kita takut?

Ramai yang takutkan bayang-bayang sendiri, takut dikata oleh orang lain, takut untuk membuat sesuatu perkara yang lain dari orang lain serta pelbagai lagi perasaan takut tersebut.

Jadi banyaklah perkataan takut disebut dimana-mana. Jika tak percaya cuba kira berapa kali kita mengulanginya setiap hari. Jika hendak dikira daripada kecil mungkin beribu-ribu kali kita mengulang perkataan tersebut.

Itulah penyebab kelemahan kita. Bukan mengata orang lain akan tetapi buat peringatan diri sendiri yang sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri.

Takut mencubalah yang akan menjadi penyebab kegagalan kita untuk bersaing dalam dunia ini. Selagi kita takut kita tidak akan kemana, walau sampai peringkat manapun pelajaran kita.

Jadi belajarlah untuk sentiasa menyebut perkataan berani, agar kita makin berani memcuba. Disamping itu sentiasalah berdoa agar kita diberikan kekuatan dan berani menghadapi ujian hidup ini.

Tukarkan 'takut' kepada 'berani', barulah kita akan berjaya.



Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat