Jangan Mudah Mengalah

Bila berada dirumah kita akan diuji, lebih-lebih lagi bagi seorang yang pernah bekerja dan menjawat jawatan tertentu. Pada suatu ketika kita akan merasa ingin kembali menikmati segala kelebihan yang diperolehi suatu ketika dulu. Dalam masa yang sama kita akan terasa seolah-olah usaha yang dilakukan dirumah tidak berbaloi.

Itulah diantara ujian seorang surirumah terpelajar. Namun begitu sekali kita membuat keputusan, jangan sekali-kali kita menarik balik keputusan tersebut, lebih-lebih lagi keputusan yang dibuat setelah kita berfikir dan beristikharah. Itulah yang terbaik buat kita.

Setiap orang inginkan kejayaan dalam hidup, akan tetapi mereka tidak akan dapat mencapainya tanpa usaha yang berterusan. Fikirkanlah cara terbaik yang boleh dilakukan tanpa mengulangi semula rutin lama sewaktu bekerja diluar rumah.

Allah memberi aqal untuk kita berfikir, apabila kita telah membebaskan diri daripada menjadi pekerja kepada orang lain, kita bebas berfikir dan merancang, apakah kita sanggup kehilangan nikmat yang begitu besar? Jadi berusahalah untuk meletakkan matlamat yang boleh dilakukan sendiri dengan bebas, tanpa perlu tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia di tempat kerja.

Jangan mudah mengalah, kuatkan diri untuk membuat sesuatu yang lebih bermakna untuk diri dan keluarga. Yakinkan diri bahawa "aku tidak akan menyerah kalah" kerana anda boleh melakukan pelbagai perkara sekiranya anda mencuba.

Yakinlah, berusahalah dan tawakkallah...Allah sentiasa bersama-sama anda.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...