Bunga-bungaan Mendamaikan Hati


Apabila kita berada dikawasan padang pasir, yang jauh berbeza daripada tanahair sendiri, maka peluang melihat bunga-bunga hiasan ditepi jalan dan ditaman-taman amat mendamaikan hati. Apatah lagi bila melihat kehijauan rumput ditaman, ada satu perasaan dalam diri menyatakan betapa indahnya ciptaan Ilahi. Sesungguhnya warna-warna dan hijau pokok adalah satu ubat yang tiada bandingannya,subhanallah.  


Bila melihat bunga ini, saya teringat kenangan masa kecil sewaktu kami menanamnya dihalaman rumah kami. Kami namakannya pokok bunga Beris,entah dari mana datangnya nama tersebut wallahu'alam. Tapi pokok yang selalu kami tanam mengeluarkan bunga putih dan purple, disini ia boleh didapati dalam pelbagai warna yang amat cantik. Subhanallah.


Ini pula diantara bunga-bungaan yang ditanam di hadiqa tempat kami berehat dan berkumpul setiap petang hujung minggu. Ketika inilah kami berpeluang bertemu dengan jiran tetangga yang berlainan bangsa. Masa untuk praktik cakap Arab.


Anak-anak sudah memahami kegemaran umi mereka yang amat sukakan bunga. Bila mereka melihat bunga-bungaan yang cantik, mereka terus mengambil gambarnya untuk tatapan umi.

Bunga-bungaan pilihan saya kebanyakannya berwarna pink, purple, merah dan putih..ada maksud disebalik kegemaran pada warna ini. Nak tahu kenalah belajar pasal warna dan tenaga...

Bunga ini juga cantik...berwarna merah. Moga kita beroleh kekuatan diri bila melihat bunga ini.

Sesungguhnya kita akan mampu merasai perasaan ini ketika kita berada dikawasan gersang. Hati akan berkata 'subhanallah' indahnya kejadian-Mu ya Allah. Sesungguhnya aku amat rindukan kehijauan itu, kehijauan yang sentiasa dicari oleh setiap muslim.

Itulah juga sebabnya orang-orang Arab amat memuji keindahan negara kita, kehijauan itu amat menenangkan hati sesiapa saja yang melihatnya. Oleh itu bersyukurlah dengan segala nikmat Allah kepada kita selama ini.

Jadi motivasikan diri anda dengan pelbagai warna disekeliling anda serta bersyukurlah selalu.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...