Cuba Membuat Sesuatu

Ketika berada dirumah kita berpeluang memuhasabah diri, kitalah pengurus rumahtangga kita, kitalah bos. Jadi cubalah fikirkan untuk membuat sesuatu yang bermakna buat diri sendiri dan keluarga kita.

Ada yang memikirkan untuk bekerja dari rumah, ada pula yang berfikir apa yang boleh aku bantu dari rumah? Namun begitu pastikan tugas utama kita mampu diselesaikan sebaik mungkin. Kemudian fikirkan apakah sumbangan kita buat insan lain disekeliling kita.

Apakah kita mengambilberat tentang masyarakat disekeliling kita? Ataupun kita hanya menumpukan perhatian kepada rumahtangga kita semata tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar kita?

Ambillah peluang berada dirumah untuk memupuk semangat bermasyarakat, bukannya mengasingkan diri daripada mereka. Ini kerana kita juga sebahagian daripada masyarakat, jika elok masyarakat sekeliling kita, kita akan mampu hidup aman damai, jika buruk masyarakat disekeliling kita, kita juga akan menerima kesannya. Oleh itu pastikan ada sumbangan kita buat jiran-jiran sekampung.

Jika tiada program, cubalah fikirkan untuk berbuat sesuatu, biarlah kita yang memulakan usaha ke arah kebaikan masyarakat sekeliling kita.

Teringat usaha yang dilakukan oleh kawan India Muslim disini, beliau amat aktif menjalankan aktiviti sesama orang India disini. Beliau yang memulakan program kelas agama serta membelanjakan wang untuk pengangkutan kawan-kawan lain untuk hadir ke kelas yang dianjurkan secara percuma. Sesungguhnya amal bakti yang dilakukan tidak mengharapkan apa-apa cuma memohon keredhaan Allah.

Itulah contoh kehebatan surirumah, terdapat ruang masa yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan orang lain disekeliling kita. Moga kita juga mampu berbuat sesuatu untuk kebaikan ummah.


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...