Bermotivasikah Anda hari Ini?

Sebagai Surirumah sepenuh masa kita hendaklah sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan segala tugasan kita. Bayangkan jika kita tidak bermotivasi, apa akan jadi dengan rumah kita? Bersepah, berselerak serta pelbagai lagi ungkapan seumpamanya.

Orang yang bermotivasi tinggi dapat melaksanakan segala tugasan tersebut dengan cepat dan berkesan. Namun begitu terdapat pelbagai perbezaan teknik dalam melaksanakan tugasan.

Jadi apakah anda bemotivasi tinggi hari ini? Pastikan ya, jika tidak selidiki apa punca masalah tersebut serta cepat-cepat selesaikannya. Jangan biarkan diri berterusan tidak bermotivasi, kerana kesannya terlalu banyak, bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pasangan dan anak-anak anda.

Selalulah berdoa kepada Allah: "Ya Allah berikanlah ketenangan dan kekuatan kepadaku untuk melaksanakan segala tanggungjawabku. Rabbi yassir wa la tu'assir."


Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat