Bakat dan Pengangguran

Apakah kaitan antara bakat dan pengangguran? Apakah seseorang yang berbakat akan menganggur?

Itulah persoalan yang selalu bermain-main dalam fikiran saya. Ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap kehidupan pelajar hari ini.

Dimana-mana saja kita mendengar keluhan tentang pengangguran. Itulah juga yang saya dengari semasa berkunjung ke Tunisia beberapa bulan lepas. Kebanyakan ibubapa mengeluh tentang kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka.

Siapakah yang disalahkan? Tentu sekali pihak pemerintah yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka.

Ketika itu saya telah menceritakan kepada beberapa orang daripada mereka tentang beberapa jenis pekerjaan yang boleh diperkenalkan dalam usaha membasmi pengangguran. Akan tetapi bagi mereka, cadangan saya tidak begitu sesuai dengan masyarakat mereka atas alasan corak pemikiran yang agak berbeza.

Apa yang berlaku dalam masyarakat ialah mereka begitu terpengaruh dengan kerja-kerja yang dipandang hebat hari ini seperti doktor, jurutera, arkitek, guru dan kerja-kerja seumpamanya, yang diwujudkan dalam masyarakat.

Mereka kurang terdedah dengan begitu banyak pilihan-pilihan lain atas alasan kurang dikenali ramai. Malah ramai yang memilih untuk menganggur sedangkan mereka boleh bekerja berdasarkan bakat mereka.

Jika diperhatikan disini, tidak ramai pelajar yang dapat dikenalpasti bakat mereka semenjak kecil. Apakah puncanya?
Apakah kegagalan mengenalpasti bakat-bakat tersebut memberi kesan kepada kehidupan mereka suatu hari nanti?

Bagi saya, kegagalan mengenalpasti bakat akan menyebabkan pelajar tidak dapat melihat keistimewaan diri sendiri, yang akhirnya menyebabkan mereka memiliki nilai diri yang rendah. Tentunya ini akan memberi kesan dalam kehidupan mereka seterusnya.

Jadi bakat dan pengangguran amat berkait rapat. Bagi insan yang berbakat, tiada istilah pengangguran dalam hidup mereka, kerana insan yang berbakat mampu meneruskan kehidupan berdasarkan bakat semulajadi mereka.

Mereka juga mampu berasa gembira bilamana mereka mengembangkan bakat tersebut sebagai sumber pendapatan mereka.

Comments

  1. I was once a 9-5 employee, lepas kerja 15 tahun saya memberanikan diri saya lepaskan jawatan & gaji tetap yg lumayan demi memenuhi impian saya mengembangkan bakat dalam bidang yang saya sangat minat...sweet treats & occasional gifts serta segala yang berkaitan dengannya....sangat happy saya pilih jalan ni walau adakalanya sangat penat...I'm just happy that I get to watch my own kids ,manage my own time and pursue a dream I have always only dream of....tq for your article...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...