Senang tak Menjadi Surirumah Sepenuh masa?

Minggu lepas saya sempat menonton siri "Ana Wa Ikhwati", siri kegemaran anak-anak. Selalunya kami sama-sama menonton TV dan berbincang tentang pengajaran yang mampu dikutip daripada apa yang kami tonton.

Kebetulan pula siri tersebut berkaitan dengan ahli keluarga yang memandang remeh tugas ibu (surirumah), yang dinyatakan sebagai tugas senang jika dibandingkan dengan tugas bapa. Jadi si ibu ingin menguji setakat mana mereka mampu bertahan jika si ibu tidak menjalankan tugas beliau setiap hari.

Bayangkan anak-anak akan ke sekolah tanpa sarapan, suami juga tidak bersarapan, kemudian balik sekolah tidak sediakan makanan tengahari, begitu juga makan malam. Itu baru bab makanan, belum masuk urusan pakaian, membersih, menjemur, melipat dan menggosoknya. Kemudian urusan kebersihan tempat tinggal serta pelbagai perkara lagi.

Pendek kata, jika surirumah mogok seperti yang digambarkan dalam cerita tersebut, susahlah orang lelaki. Baru sehari mogok kumpulan lelaki (ahli keluarga) sudah tidak sanggup menghadapinya. Manakala anak perempuan seronok kerana tetap dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Alhamdulillah anak-anak dapat memahami kepentingan tugas seorang surirumah, bila menonton siri tersebut bertambah pengajaran yang mampu mereka kutip.

Sememangnya itulah realiti seorang surirumah, bila kita berada dirumah, ramai yang menyangka kita tidak berbuat apa-apa, kerana kebanyakan surirumah tidak berpendapatan. Sedangkan jika dihitung tugasan yang dilakukan setiap hari memang banyak, dan itulah rutin yang diulang-ulang setiap hari, apakah surirumah tidak bosan melakukan tugasan yang sama?

Jika ia dilakukan dengan ulangan kekerapan yang sama, akhirnya ia akan menjadi tugas rutin yang tidak perlu difikirkan lagi. Dengan sendirinya kita akan mampu melakukannya dengan baik.

Namun begitu ramai juga yang merasa tertekan dengan keadaan sebegitu, yang akhirnya meninggalkan kesan dalam rumahtangga sendiri, terutama surirumah terpelajar. Ini kerana orang tidak nampak apa yang dibuat sehari-hari, tapi jika tugasan tersebut dibiarkan barulah ahli keluarga melihat apa kesannya jika surirumah tidak menjalankan tugas mereka.

Moga kita termasuk ke dalam golongan surirumah yang ikhlas menjalankan tugas demi keluarga tercinta. Moga keikhlasan tersebut diterima sebagai amal ibadat kita bila diniatkan kerana Allah taala.

Comments

  1. memang bukan senang menjadi surirumah. selagi mata belum tertutup, maka tugas tak kan selesai. walaupun tengah tido, sanggup bangun tgh2 malam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

    ReplyDelete
  2. Setuju dua ratus peratus, surirumah sepenuh masa mungkin dah lali dengan rotin harian dari awal pagi hinggalah anak2 dan suami beradu.Namun bagi wanita yang bekerja, bila je hari minggu terasa sangat bebanan bahkan terasa dua kali ganda penat sebab energi yang telah digunakan selama 5 hari bekerja sepatutnya dicas kembali pada hari cuti hujung minggu.Ya, itulah ujian dan cabaran masing2 tidak sama, melainkan bagi yang bertuah ada pembantu ( maid) yang baik dan cekap buat kerja. Rata2nya ibu dan isteri bekerja juga terpaksa berdepan dengan tekanan demi tekanan. Sebagai Muslimah, insyaAllah kekuatan kita apabila kita sentiasa memohon bantuan dari ALLAH agar tidak mudah mengeluh dan terus mengeluh kerana tugas ibu,isteri tak akan berakhir sehinggalah kita menutup mata.

    ReplyDelete
  3. surirumah bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu..tak ada limit masa.Surirumah kena kreatif utk terapi kan diri setelah menghadapi rutin seharian.

    ReplyDelete
  4. Salam sukses,

    Kami Inamie dari blog www.inamie.ws ingin mengajak tuan/puan untuk menyokong kempen ‘Kerja Menaip Dari Rumah’ sebagai kerjaya alaf baru dengan pakej kebebasan masa dan kebebasan kewangan dalam berkerjaya.

    Kami ingin mengajak lebih ramai penulis-penulis blog yang berjaya seperti tuan/puan untuk menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya menaip dari rumah dengan gaji yang cukup-cukup-cukup lumayan.

    1. Tiada temuduga
    2. Tiada peperiksaan
    3. Tiada bos (sebab andalah bos!)
    4. Gaji dari RM1,500 - RM4,500

    Jika anda memang mempunyai keinginan yang besar untuk bekerja menaip dari pejabat peribadi anda di rumah, inilah peluang keemasan anda. Jika anda tidak berminat, tentu anda boleh maklumkan kepada kawan-kawan dan saudara mara anda yang belum berkerjaya. Sila ke link di bawah untuk mendaftar :

    www.freedom.ws/salemy82

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat