Rasa Rendah Diri...bagaimana nak atasi?

Sepanjang bergaul dengan surirumah pelbagai keluhan yang saya dengar, terutamanya perasaan rendah diri. Malah ada surirumah menyalahkan berada dirumah sebagai sebab dia tidak mampu menyusun jadual harian beliau. Inilah dilema surirumah terpelajar.

Bayangkan apabila kita melihat wanita-wanita lain diluar, kita melihat segala kelebihan yang mereka perolehi hasil gaji mereka sedangkan kita berada dirumah, bergantung sepenuhnya kepada pemberian suami. Kemudian kita melihat berapa banyak pakaian dan perhiasan yang mereka ada, selalu berganti sedangkan surirumah terpaksa berfikir panjang sebelum meminta dibeli sesuatu. 

Kemudian bila berkumpul dalam majlis, kita akan ditanya apakah kerjaya kita, apakah pencapaian kita? Ketika itu datang lagi perasaan rendah diri tersebut. Memang jika nak dihitung terlalu banyak suasana yang menyebabkan surirumah sepenuh masa merasa rendah diri. 

Malah perasaan ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Apakah tiada cara untuk mengatasi perasaan ini?

Sebenarnya ia bergantung kepada cara kita melihat kehidupan kita. Jika kita tergolong kedalam golongan insan yang suka melihat luaran sesuatu perkara, kita akan mudah merasa rendah diri dengan keadaan kita. Ini kerana kita melihat sesuatu pada luarannya semata-mata. 

Jika dihayati betul-betul kita akan mampu melihat mutiara yang tersembunyi dalam kerjaya yang dianggap remeh tersebut. Ketika itu kita akan bersyukur diatas kurniaan Allah swt kepada kita.

Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan tersebut. Yang utama ialah bagaimana kita menilai diri sendiri. Jika kita meletakkan nilai yang tinggi untuk diri kita, insya Allah kita tidak akan berasa rendah diri dengan kedudukan kita sebagai surirumah.

Kemudian kita mencari jawapan kepada persoalan:
 "Apakah sebenarnya yang ingin kita capai dalam hidup kita?"
 "Mengapa kita memilih untuk berada dirumah?"
" Apakah usaha yang boleh aku lakukan dari rumah?"

Surirumah adalah insan yang sanggup mengorbankan kehebatan diri sendiri untuk melahirkan insan yang lebih hebat. Bayangkan anak-anak yang kita didik sendiri berbeza dengan anak-anak yang diletakkan dalam jagaan orang lain. Suatu hari anak-anak kita akan mampu menjadi insan yang lebih hebat dalam hidup mereka. Itulah kejayaan sejati surirumah.

Jika kita ada kemahiran lain, kembangkan ia dalam bentuk tersusun agar kita mampu memberi manfaat kepada orang lain disekeliling kita. Bila kita mampu memanfaatkan ilmu yang kita ada, masyarakat akan nampak perbezaan antara surirumah terpelajar dengan surirumah yang tak berpelajaran. Itulah yang sepatutnya difikirkan oleh setiap surirumah terpelajar.

Belajarlah untuk memekakkan telinga daripada kata-kata yang boleh melemahkan semangat kita, terutama keluarga terdekat kita.

Sentiasalah berfikir positif serta kuatkan rohani kita, kerana itulah kekuatan sejati Muslim. Berdoalah selalu agar kita mendapat kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab asasi kita.

Ingatlah selalu Allah sentiasa memakbulkan doa-doa seorang Ibu, jadikan DOA sebagai senjata kita. Betapa hebatnya seorang ibu yang ikhlas mendidik anak-anak meniti hidup dalam alam penuh pancaroba ini. Moga kita mampu berjaya menjadi ibu mithali. Amin.













Comments

  1. trima kasih byk2 dgn artikal di atas.ia semakin memotivasikan diri saya utk jd surirumah cemerlang...saya akan hilangkan rase rendah diri saya..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Saya juga mengalami dilema yang sama dan rase rendah diri yang amat sangat...apatah lagi apabila surat pinjaman pembelajaran tiba dan sudah disenaraihitamkan....bukan tidak mahu membayar....tetapi membeli susu anak lagi penting buat mase ini...saya dalam usaha untuk berfikiran positif dan sedang mencari jalan keluar untuk tidak terus barada dalam kancah kebingungan,kemurungan dan hilang diri saya yang hebat suatu masa dahulu....Hanya kepada Allah sahaja saya memohon jalan untuk memperbaiki diri,amin........

    ReplyDelete
  3. Merendah diri itu penting supaya kita tidak sombong sebagai suri rumah terpelajar.
    Saya merasakan sebagai suri rumah yang berada di rumah,tidak ada sebab untuk kita rasa ketinggalan dari sudut ilmu atau kasih sayang...
    Memandang kepada dunia,kita akan rasa kita rugi kerana tidak keluar bekerja untuk menguatkan ekonomi keluarga...namun, jika kita renung kembali, apakah tujuan asal Tuhan menjadikan kita manusia dan turun ke bumi ini dari syurga...jika kita dapat berfikir sejenak tentang itu ketika di rumah, itu lebih baik dari stress memikirkan hal2 kerja... ada sebab Allah beri kita kesempatan ruang dan peluang untuk berada di rumah...
    Suri rumah adalah pengurus rumah tangga... berapa banyak ilmu management yang perlu dikuasai oleh pengurus rumah tangga ini untuk menjadikan rumah nya syurga dunia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...