Apa Tujuan Allah letakkan kita disitu?
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah meletakkan kita berada dirumah, satu tempat yang dipandang rendah oleh wanita-wanita terpelajar masa kini. Mengapa saya mengatakan begitu? Ini kerana status wanita berada dirumah adalah terlalu tidak berharga dimata insan-insan yang melihat kepada nikmat dunia semata-mata. Bukan sekali, dua kali malah berkali-kali saya mendengar ucapan-ucapan...'mengapa duduk dirumah, mengapa tidak memohon kerja diluar yang sesuai dengan status', hinggakan ada yang menyatakan 'awak habis belajar sekolah menengah saja ke, pilih untuk berada dirumah'. Ada pelbagai lagi ucapan-ucapan yang menyedihkan hati saya sekali dengar, tetapi menguatkan hati ini untuk mempertahankan status ini bila berkali-kali mendengar pertanyaan yang sama. Bertahun-tahun saya mencari jawapan kepada pilihan ini, saya tahu Allah tidak meletakkan saya berada disini sia-sia...Ada satu misi yang mesti saya lakukan, yang...