Posts

Showing posts from November, 2011

Doa Melembutkan Hati Suami

Perjalanan hidup berumahtangga tidaklah selalu manis, kadang-kadang kita terpaksa menempuh pelbagai ujian semasa mengharungi hidup bersama-sama. Apa yang pasti, jika kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Allah, Dia akan menunjukkan jalan terbaik untuk kita selesaikan masalah tersebut. Setiap orang memiliki perangai dan ragam sendiri yang begitu sukar untuk difahami, kadang-kadang membawa kepada perselisihan yang berpanjangan. Ketika itu salah seorang mestilah mengalah, untuk menyelamatkan suasana. Semasa saya mengikuti kelas perubatan Islam dengan ustaz Ismail Kamus dua tahun lepas, ada diberitahu tentang doa-doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati suami dan insan-insan lain yang keras hatinya. Ada berbagai ayat yang diajar, tetapi ayat yang melekat dihati saya adalah ayat akhir surah Ali Imran  يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون   yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan ikatlah

Bakat dan Pengangguran

Apakah kaitan antara bakat dan pengangguran? Apakah seseorang yang berbakat akan menganggur? Itulah persoalan yang selalu bermain-main dalam fikiran saya. Ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap kehidupan pelajar hari ini. Dimana-mana saja kita mendengar keluhan tentang pengangguran. Itulah juga yang saya dengari semasa berkunjung ke Tunisia beberapa bulan lepas. Kebanyakan ibubapa mengeluh tentang kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka. Siapakah yang disalahkan? Tentu sekali pihak pemerintah yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka. Ketika itu saya telah menceritakan kepada beberapa orang daripada mereka tentang beberapa jenis pekerjaan yang boleh diperkenalkan dalam usaha membasmi pengangguran. Akan tetapi bagi mereka, cadangan saya tidak begitu sesuai dengan masyarakat mereka atas alasan corak pemikiran yang agak berbeza. Apa yang berlaku dalam masyarakat ialah mereka begitu terpengaruh dengan kerja-kerja yang dipandang he

Lagi Mengenai Bakat...

Alhamdulillah seminggu sebelum raya saya dijemput oleh pihak pengurusan sekolah anak untuk berbincang mengenai program sekolah. Pihak sekolah begitu mengambilberat tentang bakat pelajar serta ingin menganjurkan program pengukuhan bakat yang telah mereka cungkil. Tugas saya ialah berkongsi tentang bakat saya dalam seni khat serta memberi sedikit-sebanyak tips mengenai cara menulis khat yang betul. Ia adalah program susulan kepada siri pertama yang saya kendalikan pada awal tahun ini. Apakah bakat? Mengapa ia begitu penting dalam kehidupan kita? Apakah bakat tersebut lahir secara semulajadi ataupun ia perlu dicungkil?  Semua persoalan tersebut tergantung menanti penjelasan yang tepat mengenainya.  Apa yang pasti Allah mencipta manusia dengan keistimewaan tersendiri, yang mana ia punca kekuatan diri kita. Jika kita dapat mengenalpasti keistimewaan tersebut serta berusaha mengukuhkannya, kita akan rasa tenang dan gembira.   Akan tetapi hari ini tidak ramai yang sedar tentang bakat te

Kembali Bersemangat

Alhamdulillah pagi ini tergerak tangan ini untuk menaip sesuatu untuk blog ini yang sudah berbulan-bulan tidak diupdate. Apakah tuan punya blog ini masih bermotivasi untuk menulis disini? Sebenarnya tiap kali menatap blog ini hati saya menjadi sayu, sedih kerana terasa tiada apa yang dapat dikongsikan, sedangkan banyak pengalaman bersama-sama surirumah disini dapat dikongsikan.  Jadi bertepatan dengan hari Arafah ini, saya akan mula berkongsi beberapa idea yang saya perolehi disini, sama ada daripada pembacaan ataupun pengalaman sehari-hari.   Alhamdulillah saya masih lagi berusaha membantu rakan-rakan surirumah disini untuk menikmati keindahan hidup ini. Apa yang pasti, saya ingin melihat mereka ceria dan bersemangat dalam hidup setelah bertahun-tahun hidup diperantauan, jauh daripada sanak-saudara. Sebenarnya ia turut membantu diri saya membina jatidiri semula, membina kekuatan diri sendiri, agar dalam masa yang sama saya dapat membantu rakan-rakan lain meneruskan kehidupan denga