Wanita dan Kerja

Alhamdulillah semenjak berada dirumah, saya berpeluang memerhati serta memikirkan apa yang berlaku kepada wanita-wanita hari ini.

Jika dulu, sewaktu saya menjadi pelajar BA di universiti, banyak perbincangan tentang perlunya wanita keluar bekerja serta memberi khidmat kepada masyarakat, hinggakan akhirnya...hari ini, selepas 20 tahun lebih, kita melihat kesan daripada laungan tersebut, banyak kepincangan berlaku dalam masyarakat melayu.

Kemudian masalah sosial menjadi-jadi, masing-masing sibuk memikirkan penyelesaian...tapi dimanakah jalannya?

Hari ini, bila membaca tulisan diblog-blog persendirian, saya dapat merasakan ada fenomena baru berlaku di Malaysia hari ini, iaitu ramai wanita yang begitu teruja untuk memberi perhatian kepada rumahtangga, malah ramai yang memilih untuk berada dirumah ataupun bekerja dari rumah...alhamdulillah.

Moga hasrat yang murni ini mampu memperbaiki pelbagai masalah sosial yang melanda masyarakat kita. Namun begitu kesungguhan wanita-wanita ini perlulah mendapat sokongan suami mereka, kerana merekalah sumber kekuatan wanita yang berada dirumah.

Dalam masa yang sama, saya mengikuti perkembangan yang berlaku dinegara-negara Arab. Di Oman misalnya, keadaan sosial masih begitu aman hinggakan kita berasa damai berada disini. 

Namun begitu ketika ini wanita-wanita begitu teruja untuk keluar bekerja diluar, meninggalkan tugas dan tanggungjawab rumahtangga dibahu pembantu rumah. 

Dimana-mana sahaja wanita digalakkan untuk menuntut ilmu agar senang beroleh peluang pekerjaan. Maka wanita Oman semakin berubah sikap dan tingkah laku, tidak lagi selembut dulu...atau dengan kata lain tidak "hanunah". Kesannya anak-anak remaja semakin berubah sikap, walaupun masih terkawal.

Begitu juga perbincangan dalam TV negara Arab lain, banyak memaparkan tentang wanita keluar bekerja. Punca utama ialah terpaksa membantu suami, selain untuk memanfaatkan ilmu yang dimiliki.

Apa yang masih belum dibincangkan disini ialah...kebaikan wanita bekerja dari rumah. Yang mana wanita membantu mengukuhkan ekonomi keluarga, dalam masa yang sama memastikan tanggungjawab rumahtangga tidak terabai.

Bekerja dari rumah...contoh amalan Saidatina Khadijah r.a, yang mana jika mampu dipraktikkan oleh wanita hari ini, mampu memakmurkan kehidupan keluarga muslim. Fikir-fikirkanlah....

Comments

  1. saya berkelulusan ijazah sarjana muda ketika sudah mempunyai 2 anak..dan mengambil keputusan utk mjadi surirumah sepenuh mase.keputusan saya ditentang hebat kedua ibubapa saya serta adikbradik kerana merasakan saya membuat pembaziran dr segi wang n mase.tp saya yakin bahawa keputusan saya utk mjaga sendiri suami n anak2 saya akan memberikan hasil yg sgt positif bila saya meniti usia kelak.doa saya kepada allah semoga pengorbanan saya sbg isteri n ibu akan dibalas sebaiknya di akhirat kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam akak, saya sedang mencari suri rumah sepenuh masa berijazah utk di jdikan responden kajian saya. jika berminat boleh respon kpd email saya yana_22virgirl@yahoo.com.my

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...