Cerita Lepas Raya...

Hari ini kita sudah berada dipenghujung Syawal 1431H, rupa-rupanya sudah sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa disini. Moga selepas ini lebih bermotivasi untuk menulis disini.

Bermacam-macam peristiwa telah kami dialami sepanjang bulan Syawal kali ini. Bermula dengan sambutan pagi Syawal yang agak hambar, kemudian kami isikan dengan pelbagai program yang agak menarik buat kami sekeluarga alhamdulillah.

Apa yang menarik bagi anak-anak ialah peluang untuk merasa naik feri laju ke Musandam, "akhirnya tercapai juga impian nak naik kapal biru yang cantik tu", "tercapai juga impian nak melihat dalam kawasan Port Sultan Qaboos", "tercapai juga impian nak tengok dolpin", serta berbagai-bagai lagi impian.

Alhamdulillah 'ala kulli hal....anak-anak memang sentiasa memasang angan-angan, selagi angan-angan tersebut tidak membawa kemudaratan biarlah mereka membesar dengan angan-angan tersebut.

Alhamdulillah peluang melawat tempat-tempat baru mengajar kita banyak perkara, begitu juga banyak ujian dan cubaan yang perlu kita hadapi sepanjang perjalanan kita. Namun begitu selagi kita yakin dan berserah sepenuhnya pada Allah, semua perkara akan dipermudahkan pada kita.

Sebenarnya kita ingin keluar jauh sedikit daripada Muscat, akan tetapi kami inginkan kelainan, jauh daripada pembangunan. Jika sebelum ini kami boleh balik kampung, berada dikampung yang aman damai, kali ini kami memilih untuk melawat Musandam, satu kawasan di Selat Hormuz.

Alhamdulillah perjalanan pergi amat seronok, dalam cuaca yang tenang serta layanan baik pihak pengurusan feri, kami merasakan satu ketenangan. 

Kemudian kami cuba mengisi masa dengan melawat kawasan yang menarik disitu, termasuklah melihat dolpin dalam kawasan habitat mereka.

Bagi anak-anak, peluang melihat dolpin tersebut adalah amat berharga buat mereka, walaupun bot yang kami sewa mati enjin dua kali sebelum kami balik semula ke jeti. Sekali mati enjin ditengah-tengah laut, kemudian mati enjin sekali lagi ketika kami sampai ke kawasan dolpin. Ketika itu tiada fikiran negatif timbul kerana kami yakin semua anak-anak pandai berenang, alhamdulillah.

Apa yang paling seronok ialah apabila enjin bot tersebut tidak dapat berfungsi ialah ketika dolpin sedang seronok melompat di kiri kanan bot, jadi kami berpeluang berada lama ditempat tersebut. Biarlah pemandu bot sibuk memikirkan penyelesaiannya, sedangkan anak-anak seronok melihat dolpin. 

Apakah kejadian itu ujian buat kami ataupun rezeki yang telah Allah swt tetapkan buat kami disitu?

Alhamdulillah peluang melawat ke tempat yang menarik sebegitu amat berharga, banyak ilmu yang diperolehi, dan yang paling penting hubungan keluarga juga lebih rapat. Anak-anak berkata: "kita belajar tidur awal selepas balik daripada Musandam, senanglah nak ke sekolah nanti".

Alhamdulillah raya kali ini juga agak menarik kerana kami berpeluang bertemu rakan-rakan senegara lain dalam majlis hariraya besar-besaran yang diadakan kali ini. Rasanya inilah kali pertama majlis sebegini diadakan, dalam usaha merapatkan hubungan sesama orang Malaysia disini. 

Anggapan awal kami berubah setelah kami balik daripada bercuti...inilah anugerah Allah buat kami raya kali ini...alhamdulillah.    

Comments

  1. Assalamualaikum...

    seronok kan pergi melawat tempat org.Ingin rasa tengok dolphin..selalu tgk dlm tv jer..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Mysdear,

    Terima kasih atas kunjungan.
    Alhamdulillah seronok berjalan dan tengok tempat orang, banyak pengalaman diperolehi. Yang bestnya orang Oman ni baik sangat.

    Tempat ni dekat je dgn UAE, orang2 kat sinipun byk gunakan duit UAE dlm urusan mereka. Ia terpisah dr Oman oleh UAE.

    Akak pun kali pertama tengok dolpin, seronok juga...anak2 dah byk kali minta nak pergi tengok dolpin, alhamdulillah kali ini tercapai.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, kesempatan berharga za sekeluarga berada di negara orang, dan merasai pengalaman yg amat berharga, terima kasih kerana cerita2 za dapat di kongsi bersama shbt2....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...