Bila Suami Sakit
Alhamdulillah saya masih mempunyai kesempatan untuk mencatat disini. Sebagai surirumah, kitalah pengurus rumahtangga, mengurus ahli keluarga kita setiap masa. Jika ada ahli keluarga yang kurang sihat, kita mampu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama mereka. Situasi ini amat berbeza daripada masa kita bekerja. Alhamdulillah bila kita fokuskan perhatian kita sepenuhnya untuk keluarga, kita akan merasa lebih tenang bila menghadapi keadaan sukar dalam hidup kita. Ini kerana kita tidak perlu memikirkan urusan lain diluar rumah. Sebagai insan kita tidak boleh lari daripada menerima ujian, diri sendiri ataupun pasangan hidup kita sakit. Apakah tindakan kita bila menghadapi situasi sebegini? Bagi setiap pasangan, apabila pasangan kita sakit, kita terasa seolah-olah diri kita juga tidak tenang, segala perhatian diperuntukan untuk memberi kekuatan kepada pasangan kita menghadapi masa-masa sukar mereka. Seboleh-bolehnya kita ingin mengetahui perkemb...