Menagih Kasih-sayang
Alhamdulillah dua hari lepas saya sempat menghadiri program khas untuk ibu-ibu disekolah hero-hero saya belajar. Ada beberapa perkara yang disampaikan sebagai panduan ibu-ibu semasa mendidik anak-anak. Apa yang paling menarik bagi saya ialah penjelasan tentang anak-anak menagih kasih-sayang. Inilah fenomena yang berlaku disekolah-sekolah sekarang, yang mana pelajar cuba menarik perhatian guru-guru, serta inginkan perhatian lebih diberikan kepada mereka, malah ada ketikanya mereka bergaduh hanya kerana inginkan perhatian guru. Inilah dilema yang dihadapi guru-guru bila anak-anak kurang diberi perhatian semasa dirumah, mereka mencarinya disekolah. Alhamdulillah mereka mencarinya ditempat yang elok, tetapi jika guru tidak sempat memberi perhatian, maka anak-anak ini akan mencarinya diluar. Dari situ akan bermulalah masalah lain yang akhirnya akan menjadi masalah sosial yang serius. Di antara isi perbincangan semasa perjumpaan tersebut ialah: 1. Ibu-ibu mestilah faham bahawa...