Didik Anak Tersenyum

Alhamdulillah tergerak dihati untuk berkongsi satu teknik yang selalu saya gunakan bila bertemu dengan kanak-kanak, iaitu tersenyum, dan meminta mereka senyum.

Secara fitrahnya kanak-kanak mudah tersenyum, dan senyuman itu yang menjadi daya tarikan mereka sedari kecil.

Namun begitu lama kelamaan sifat ini hilang tanpa disedari hingga ke satu tahap mereka hanya tersenyum kepada insan-insan tertentu sahaja.

Pada mulanya saya hanya bergurau dengan mereka tetapi akhirnya saya merasakan senyuman itu indah, apatah lagi jika ia lahir dari hati yang ikhlas. Jadi tidak salah untuk meminta mereka agar menghadiahkan kita satu senyuman.

Bagi saya, kanak-kanak berhati suci dan bersih, bila hati mereka bersih, terlalu mudah untuk tersenyum kepada sesiapa sahaja. Jadi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka makin sukar untuk tersenyum bila usia meningkat.

Alangkah indah dan gembiranya jika kita selalu bertemu dengan insan yang suka senyum, kerana senyuman mereka mampu mengubat hati insan yang melihatnya.

'Senyum itu sedekah', jika tidak mampu tersenyum secara otomatik, maka latihlah diri untuk tersenyum kepada insan yang ditemui.

Begitu juga anak-anak kita, latihlah dan didiklah mereka untuk senyum bila bertemu dengan orangramai. Ingatkan mereka selalu bahawa itulah cara paling senang untuk kekal sihat dan ceria.

Jika ada anak kecil yang tidak mampu untuk senyum bila bertemu dengan kita, jangan lupa untuk minta mereka senyum sekali, dua kali hinggalah mereka mampu tersenyum secara otomatik bila berdepan dengan kita.

Suatu ketika ada kanak-kanak yang bertanya ibu mereka kenapa saya selalu meminta agar mereka senyum bila bertemu?

Apa yang nyata senyuman kanak-kanak begitu berharga buat saya, kerana itulah gambaran senyuman ahli syurga...terlalu manis senyuman mereka.

Moga-moga kita mampu mendidik anak-anak kita agar selalu mengekalkan senyuman dibibir mereka. Biarlah sedekah yang sedikit itu disebarkan ke dalam masyarakat yang semakin bakhil dengan senyuman.

Senyumlah selalu...sebarkan salam dengan senyuman.

Comments

  1. Nurjannah Nordin4 June 2014 at 10:34

    Tenkiu..:)))

    ReplyDelete
  2. Jazakillah atas peringatan!

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.Terima kasih atas info .Sangat bermanfaat.Jemput datang ke blog saya.Sudi-sudilah .tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat