Boring Memasak? Tak Ada idea?

Alhamdulillah saya telah dilatih memasak semenjak dari sekolah rendah. Jadi pelbagai tip-tip memasak sempak saya kumpul daripada ibu, nenek dan insan-insan yang tidak lokek berkongsi ilmu memasak.
 
Sebelum berkahwin saya mampu memasak pelbagai masakan tradisional dan moden. Dan sememangnya saya amat suka melihat orang-orang yang saya sayangi berselera makan .
 
Namun begitu setelah berkahwin, saya dapati segala ilmu tersebut tidak begitu berguna kerana suami tidak berminat untuk mencuba makanan tradisi kita.
 
Jadi bertahun-tahun saya cuba mencipta pelbagai resepi sendiri, agar dapat memenuhi selera suami dan anak-anak. Ketika itu saya terasa betapa sukarnya seorang ibu dan isteri untuk memenuhi keinginan seluruh ahli keluarganya.
 
Suami saya berasal daripada negara yang amat sukakan makanan yang berwarna merah dan pedas, manakala anak-anak pula sukakan makanan yang kurang pedas.
 
Jadi saya terpaksa memilih jalan tengah dengan menyediakan makanan yang kurang pedas, kemudian memastikan stok cili tumis sentiasa ada didalam peti sejuk. Ini kerana cili ini akan menjadi penambah perisa untuk suami.
 
Akhirnya cili tumis ini menjadi bahan asas ketika ingin memasak makanan lain, termasuklah kuah spageti, makaroni, mee dan nasi goreng.
 
Jika anda terasa tiada idea untuk memasak, cubalah idea ini, insya Allah idea untuk mencipta masakan baru akan datang mencurah-curah dan rasanya juga amat sedap.
 
Apa yang perlu dilakukan ialah menyediakan cili tumis daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, halia yang dimesin. Kesemua bahan ini ditumis dengan minyak masak diatas api sederhana.
 
Kemudian masukkan buah tomato segar yang dimesin dan sedikit tomato paste. Kesemua bahan ini di masak dengan api perlahan sehingga likat. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
 
Saya lebih suka menyediakan cili tumis ini dalam kuantiti yang banyak kemudian ia dimasukkan ke dalam beberapa bekas. Separuhnya disimpan dibahagian freezer agar tahan lama. Ini kerana proses memasaknya yang mengambil masa.
 
Namun begitu ia memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja memasak didapur. Makanan yang dimasak menggunakan bahan asas ini juga lebih sedap. Ada ketika saya membancuh sedikit cili tumis ini dengan air kemudian menggunakannya untuk memasak ikan dan ayam bakar.
 
Cubalah praktikkan cara ini untuk mengurangkan masalah tiada idea apa yang ingin dihidangkan untuk keluarga tercinta.
Apa yang paling penting, cubalah memasak dari hati...hasilnya masakan kita akan terasa sedap serta dapat memikat hati orang yang memakannya.

Comments

  1. Boleh cuba ni. Nice tips. Tak reti sangat bab masak-memasak ni.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Liza,

    Boleh mintak email? Nak diskusi dan bertukar pandangan..Syukron.

    -Nida

    ReplyDelete
  3. Salam Nida,
    thanks sudi berkenalan..email saya alizayunus@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat