Masih Bermotivasi

"Allah hanya menguji insan-insan yang mampu menghadapinya." 
Itulah kata-kata penguat setiap kali diri ini diuji.

Ujian utama ialah bagaimana untuk mengurus masa yang begitu lapang, tanpa tekanan daripada luar. Ya lah bagi saya yang sudah bertahun-tahun hidup dalam tekanan kesibukan, ketenangan adalah ujian yang amat besar.

Alhamdulillah...berkat ilmu dan latihan yang diperolehi semasa belajar, saya masih bermotivasi untuk meneruskan perjuangan walaupun masih belum bertemu dengan insan-insan yang sefikrah.

Kadang-kadang hati memberontak, mengapalah aku terlontar begitu jauh disini, tanpa teman-teman apalagi sanak-saudara, semuanya mesti bermula daripada asas, iaitu ukhwah islamiyyah.

Namun begitu, amat sukar untuk bertemu dengan insan yang memiliki fikrah perjuangan seperti cara saya dididik di UIAM.

Jika bertemu dengan insan yang berakhlak baik, mereka tidak mempunyai fikrah untuk berjuang, kehidupan mereka hanyalah untuk diri dan keluarga mereka sahaja.

Moga Allah menemukan saya dengan insan-insan yang gigih berjuang untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dialam ini.

Moga Allah meneguhkan hati ini untuk terus berjuang....untuk mendapat keredhaan-Nya.

Comments

  1. Pernah singgah diblog ini bebrerapa lama dahulu sewaktu Pakcik sedang mencari maklumat tentang sekolah agama diKelantan yang banyak berbakti. Rupanya masih lagi diperantauan.

    Jangan mengeluh dan berputus asa. Umur masih muda. Masa untuk bebakti msasih panjang dihadapan kalau diizinkan NYA. Pakcik sendiri pernah beberapa kali mengeluh kekecewaan beramal. Alhamdulillah, bersabar. Akhirnya sudah 18 tahun berlalu. Nikmat brershukur melihat sedikit sebanyak kejayaan tidak dapat dibayangkan secara lisan. Itulah balasan dan itulah hikmatnya bersabar. Sila lihat luahan Pakcik dan renungkan. Be grateful - Walain syakartum laazidannakum. We have been blessed by HIM with more than what we truly deserve.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat