Surirumah dan Keinginan Hati

Alhamdulillah setiap hari bekerja saya dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan dengan jiran, setelah anak-anak ke sekolah dan suami keluar bekerja.

Jadi setiap hari saya dapat mempraktikkan bercakap Arab, alhamdulillah jiran ini begitu memahami bahawa saya tidak mampu berbahasa ammi, jadi beliau cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa Arab formal.

Macam-macam idea dikongsikan setiap pagi, daripada isu politik, sosial, keluarga dan hal-ehwal rumahtangga.

Satu isu yang amat bermakna buat saya ialah mengenai surirumah dan keinginan hati.

Alhamdulillah saya amat berbangga menjadi wanita Malaysia, kerana kita berpeluang melakukan banyak urusan dalam hidup kita walaupun setelah berumahtangga.

Apa yang pasti, kita masih mampu bergerak bebas kesana-sini, masih mampu mempraktikkan apa-apa saja keinginan hati kita tanpa perlu melalui kata-kata negatif insan disekeliling kita.

Corak kehidupan surirumah Malaysia amat berbeza daripada surirumah Arab, yang mana kita masih mampu meneruskan apa saja minat kita, walaupun kita sudah berumahtangga.

Itulah sebab utama saya suka bergaul dengan surirumah Malaysia disini, banyak motivasi tidak langsung yang dapat saya perolehi setiap kali bersembang dengan mereka.

Ini amat berbeza apabila berada bersama-sama surirumah Arab, saya rasakan tahap motivasi saya menurun setiap kali berada bersama-sama mereka.

Ini kerana surirumah Arab dididik untuk berserah sepenuhnya kepada suami, iaitu setelah berkahwin mereka mestilah melupakan segala keinginan hati mereka, apa yang penting ialah kegembiraan suami dan anak-anak mereka.

Pada mulanya saya berusaha untuk mengikuti cara mereka, yang mana saya rasakan itulah corak hidup wanita muslimah. Akan tetapi saya dapati bahawa saya masih belum mampu melupakan keinginan hati saya untuk terus berbakti kepada masyarakat disekeliling saya.

Bagi saya, walaupun sudah berkahwin wanita mestilah diberi peluang untuk membangunkan diri mereka, agar mereka mampu menjadi contoh kepada anak-anak mereka.

Jika wanita melupakan segala keinginan untuk berbakti dan hidup bermasyarakat, mana mungkin wanita tersebut mampu mengekalkan kegembiraan hati mereka. Apakah wanita yang tertekan jiwa mereka mampu meneruskan hidup mereka dengan ceria?

Sempena awal Muharram lalu, saya mula mengurangkan bergaul dengan wanita-wanita Arab, dalam usaha mengembalikan tahap motivasi yang tinggi, serta kembali menjadi diri saya yang dulu.

Saya tidak ingin terus-menerus berada dalam situasi yang jauh berbeza daripada keinginan hati saya.

Moga Allah memudahkan segala niat murni ini, serta membuka jalan baru untuk saya menabur bakti kepada insan-insan lain disekeliling saya.




Comments

  1. Ilmu yang sudah banyak dalam diri Aliza dan tenaga muda yang dikurniakan Allah pada Aliza amat diperlukan untuk pembinaan ummah...walaupun sedikit yang kita sumbangkan, kita tidak tahu mungkin kesannya amat besar pada orang lain....teruslah berbakti....kita masih boleh lakukannya tanpa mengurangkan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak Nelli kerana memberi semangat buat saya meneruskan usaha dakwah.
    Moga Allah memberi kekuatan serta membuka jalan agar saya bertemu dengan insan2 yang memahami apa yg hati ini ingin lakukan.
    Sama-samalah kita meneruskan perjuangan yg telah dimulakan, demi meraih redha Ilahi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat