Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.

Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.

Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 

Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.

Sebenarnya banyak manfaat inai yang kita tidak tahu, yang mana ia amat baik untuk kesihatan wanita, terutama untuk detoksifikasi dan menstabilkan hormon.

Diantara kegunaan inai yang telah saya amalkan, meniru amalan wanita Arab, ialah menggunakan inai dikepala untuk menyejukkan kepala serta menghilangkan masalah kelimumur dan menghilangkan sakit kepala. Alhamdulillah ia amat berkesan serta melembutkan rambut.

Menurut orang India, inai tersebut boleh dicampur dengan air teh dan telur, akan tetapi saya cuma mencampurkan serbuk inai (orang kita panggil inai Mekah) dengan air serta meletakkannya diseluruh kepala selama lebih kurang dua jam kemudian membasuhnya sehingga bersih.

Apa yang disebutkan dalam buku "Al-Tibb Al-Nabawi" karangan Ibn Jawzi, Rasulullah saw menggunakan inai dikepala untuk menghilangkan sakit kepala.

Ada satu hadis lain mengenai kawan Saidatina Aisyah yang mengunjungi beliau, ketika Rasulullah saw datang beliau mendapati ada orang lain bersama-sama Saidatina Aisyah, jadi baginda bertanya, apakah dia itu wanita? Ummul Mukminin menjawab ya, kemudian Rasulullah saw berkata: mengapa tidak meletakkan sesuatu dijari untuk membezakannya daripada lelaki (iaitu inai dijari). Namun hadis ini masih belum saya pastikan tahap kesahihannya.

Di antara cara lain ialah menggunakan inai untuk mengubati masalah kulit, yang mana ia akan membersihkan bahagian sakit kulit tersebut, dengan penggunaan berulangkali ia akan menyembuhkan masalah kulit tersebut. Jadi inai tidak akan membuatkan kawasan kulit tersebut menjadi merah, sebaliknya menyerap kekotoran daripada bahagian yang ditampalkan inai sehinggalah apabila semua kotoran keluar (setelah guna berulangkali, barulah ia memerahkan kawasan tersebut. 

Satu lagi amalan wanita Arab berkaitan dengan inai ialah memakai inai ditangan dan tapak kaki ketika hampir waktu bersalin. Jadi kita akan dapati wanita-wanita Arab yang baru bersalin memakai inai. Menurut mereka, ia baik untuk wanita.

Menurut apa yang saya pelajari mengenai warna, warna oren ini sama dengan frekuensi bahagian sulit wanita, jadi apabila kita memakai inai kita akan mempertenagakan bahagian hormon dan rahim kita. Terasa betul pula bila melihat amalan wanita-wanita Arab ini. 

Manakala amalan detoksifikasi menggunakan inai ditapak kaki adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah sakit tumit kaki. Malah ia juga boleh menggeluarkan kotoran yang terperangkap ditapak kaki kita.

Pada hari permulaan memakai inai ia akan merah seperti biasa, apabila masuk hari kedua ia akan berubah warna kehitam-hitaman mengikut tahap toksin yang ada dalam badan kita, kemudian hilang dalam tempoh tertentu. Jika kita rajin menggosok serta membersihkan kaki kita, kesan tersebut akan hilang lebih cepat daripada biasa. 

Nampaknya banyak faedah inai untuk kebaikan wanita, jadi bolehlah kita amalkannya untuk kebaikan kita. Anak-anak saya kata 'bila pakai inai di kaki macam wanita Sudan', tapi satu kelebihan wanita Sudan ialah sentiasa ceria dan gembira, apakah amalan memakai inai tersebut yang membantu mengekalkan keceriaan tersebut? Ataupun ada rahsia yang perlu saya korek daripada mereka. 

Jika ia baik untuk anda amalkanlah, sekurang-kurangnya menggeluarkan sedikit kekotoran daripada badan dengan cara murah dan mudah.     

Comments

  1. Dalil hadis yang disbutkan di atas tentang berinai: Dari Aisyah ra, ” Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).”
    (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092)

    ReplyDelete
  2. Bagaimanakah cara untuk memakai inai di tapak kaki? Inai manakah yang sesuai? Saya pohon agar isu ini diperjelas dengan lebih terperinci, saya agak tertarik dengan isu ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Apa yg saya amalkan ialah campur inai serbuk (inai mekah)dgn air hingga jadi pes, lps tu sapukan ke seluruh tapak kaki ddlm tiga jam, lps tu basuh...tp semasa berkunjung ke Tunisia, saya diberitahu agar mencampurkan inai dgn air teh, sedikit minyak zaitun dan garam, setelah jd pes, tinggalkan dlm setengah hingga satu jam barulah disapu ke kaki. Itu lebih mujarab utk kaki. Cubalah...insya Allah berkesan.

    ReplyDelete
  4. kat mana nak dptkan inai mekah tu ye ? selalu jumpa henna je,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat