Mendidik Anak Berani

Alhamdulillah, musim cuti sekolah kali ini pelbagai program boleh dilakukan dengan anak-anak, namun begitu anak-anak saya lebih gembira bermain dalam kumpulan. Berbagai-bagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan tanpa dirancang.

Sebenarnya terdapat pelbagai kesan positif yang mampu mereka perolehi daripada permainan sehari-hari, walaupun kadang-kadang kita merasakan mereka membuang masa. 

Ini kerana dengan bermain mereka dapat melatih diri memupuk sifat-sifat positif dalam diri mereka. Ini termasuklah bagaimana menangani perasaan marah, bagaimana melatih diri menjaga lidah, tangan dan kaki. Tanpa bermain, kita tidak dapat melihat tindakbalas yang betul daripada anak-anak kita. Begitu juga mereka berpeluang berinteraksi sesama mereka.

Bagi saya berilah peluang anak-anak bermain semasa kecil, kerana ia dapat membentuk peribadi mereka sedari kecil.  

Namun begitu saya masih lagi tercari-cari formula untuk meningkatkan sifat berani dikalangan anak-anak. Ini kerana apabila anak-anak berani, banyak sifat-sifat positif lain akan timbul.

Kadang-kadang terfikir kenapalah anak-anak saya berani bila berada sesama mereka, akan tetapi agak kaku bila berhadapan dengan orang lain, seolah-olah mereka melihat orang lain lebih hebat daripada mereka.

Bila diimbas program yang kami lakukan untuk meningkatkan sifat berani mereka ialah melatih mereka berenang semenjak kecil. Alhamdulillah semasa di UIA saya selalu membawa mereka berenang di kolam renang kanak-kanak, kemudian semenjak berpindah ke sini setiap minggu masa mereka diisi dengan program berenang dipantai.

Kemudian suami melatih mereka berenang dilaut, alhamdulillah ketiga-tiga anak lelaki saya telah berjaya berenang dilaut sejauk 550m, daripada Pantai Kalbuh ke Pantai bersebelahan dengannya dengan melepasi kawasan yang agak dalam sambil melihat ikan-ikan besar berenang.

Mungkinkah mereka bersikap begitu kerana merasakan kanak-kanak lain lebih hebat, ini kerana anak-anak orang Arab terlalu petah berbicara serta berani. 

Kadang-kadang terfikir juga mungkinkah aku tersilap membandingkan anak-anakku dengan anak-anak orang lain, sedangkan setiap kanak-kanak ada kelebihan tersendiri. 

Pengajarannya, saya mestilah melihat anak-anak daripada sudut positif serta melatih mereka untuk lebih berani dan yakin dalam setiap situasi. 

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mendidik anak-anak menjadi khalifah di alam ini.  








Comments

  1. Memang sukar nak mendidik anak menjadi berani.Berani membuat perkara positif.Pada pendapat saya, agaknya kita kena tanam keyakinan dalam diri anak-anak supaya mereka lebih berani.Sokongan ibu bapa amat penting dalam pembentukan diri dan yakin diri untuk berani dalam apa jua perkara yang positif.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Aliza,

    Ini adalah sekadar pandangan dan pengalaman saya.Pada saya sifat berani itu berpunca dari keyakinan diri yang tinggi.Bagaimana pula untuk mendapat keyakinan diri?

    Antaranya dengan cara kita mengenali diri kita sungguh-sungguh.Bukan semua bidang kita boleh cemerlang.Kita kena tahu kehebatan diri kita di mana.Kesimpulannya bila kita kenal diri dan dapat menerima diri kita dengan terbaik barulah kita dapat keluarkan apa yang diri kita miliki.

    Dan yang paling penting keyakinan itu datang bila hubungan kita dengan ALLAH baik.Ilmu juga adalah antara perkara terpenting yang kita perlu ada.Apabila kita tahu apa sepatutnya kita buat, bagaimana sepatutnya kita bertindak mengikut cara yang diredhai ALLAH, ketika itu kita akan mempunyai keyakinan tinggi dan seterusnya sifat berani kita akan terserlah.

    Selain itu membiasakan diri dan mendapat pendedahan dgn pelbagai perkara juga amat membantu.Akhir sekali bagi saya berani itu biarlah bertempat.Biarlah kita berani membuat sesuatu perkara itu kerana ALLAH, bukan untuk mendapat sanjungan dari manusia.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Aliza,

    Teringat untuk menambah sedikit lagi pandangan.

    Untuk berani kita mesti yakin.Apa yang saya buat untuk meningkatkan keyakinan anak-anak saya, saya kenali dulu satu kehebatan diri setiap seorang dan sering memberi galakan kepada mrk.

    Contohnya, anak pertama saya, saya dapati dia seorang yang kreatif, sentiasa boleh menghasilkan sesuatu dpd brg2 yg x terpakai @ kertas @ apa shj brgan yg saya tdk mahu lg yg sy beri pd dia.Saya sering memuji hasil ciptaannya wpun nampak remeh.Sehinggakan dia tahu dan dia sendiri merasakan dia seorang yg kreatif.

    Anak kedua saya pula, saya dapati amat pandai melukis.Setiap hasil lukisannya amat mengkagumkan saya walaupun sekadar contengan shj.Saya selalu mengatakan kepadanya lukisannya hebat2 belaka.Saya selalu memberikannya bayangan yg suatu hari nnt dia akan menerbitkan komik @ buku cerita.Sekarang inipun, apb dia melukis, dia akan ceritakan kisah di sebalik lukisannya itu.

    Anak ketiga saya pula, saya dapati suka merawat.Jika saya menyapukan ubat kpd anak sy yg lain, dia juga akan turut sama membantu.Dan dia yg plg ringan tulang dan pandai mengambil hati.Saya yakinkan dia suatu hari nnt dia akan menjadi doktor @ labih hampir lagi pengamal perubatan islam.

    Anak keempat saya pula baru 1 th tetapi saya dapati dia seorang yg pelembut dan sentiasa meruntun hati kakak2nya sehinggakan saya seperti mengharuskan semua ahli keluarga sy supaya mencontohi kelembutan yang dia miliki.Untuk makluman, anak saya semua perempuan.

    Kesimpulannya, sebagai ibu, kitalah orangnya yg sepatutnya menanamkan keyakinan kepada setiap anak2 kita.Yakinkan mrk yg ALLAH telah menjadikan mrk sebaik-baik kejadian.Dan tugas mrk di muka bumi ini adalah utk menjadi khalifah ALLAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...