Kejayaan Surirumah
Alhamdulillah, baru sekejap sempat bersembang dengan jiran seorang surirumah Sudan tentang tugas surirumah. Inilah peluang mendengar pengalaman orang lain yang lebih berusia dan telah mempunyai menantu, atau dalam kata lain 'lebih lama makan garam' daripada saya. Seronok bila mendengar cerita-cerita mereka sepanjang mendidik anak-anak. Memang tugas mendidik akan berkurangan bila anak-anak sudah besar, tapi masih banyak urusan anak-anak yang perlu difikirkan. Biasanya bila anak-anak sudah besar dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, orang akan menganggap ibubapa tersebut telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Ini kerana kita menganggap tugas ibubapa tersebut telah selesai bila anak-anak telah bekerja dan berkahwin. Apakah betul tanggapan tersebut? Apakah kejayaan kita menempatkan anak-anak kita belajar di universiti, kejayaan mereka mendapat pekerjaan yang hebat itulah petanda kejayaan ibubapa? Itulah tafsiran kejayaan mendidik dalam dunia sekarang. Di mana-mana ...