Gunalah Habbatussauda'

Saya selalu bertemu para ibu yang menceritakan masalah kesihatan anak-anak mereka, terutama batuk, selsema, demam. Inilah masalah yang selalu kita hadapi terutama jika kita mempunyai anak kecil.

Anak-anak kecil akan merengek, jika selsema atau demam, lebih teruk lagi tidak boleh tidur malam. Itulah pengalaman saya menjaga 4 orang anak kecil selama ini. Biasanya saya akan menyarankan mereka untuk menggunakan minyak habbatussauda' dengan pelbagai cara, dan feedbacknya selalu positif.

Ini kerana sepanjang menggunakan minyak habbatussauda', masalah tersebut berjaya saya atasi, malah saya dapat mengelakkan penggunaan ubat-ubatan kimia, dan anak-anak semakin yakin untuk menggunakannya.

Jika kita membaca pelbagai tulisan tentang habbatussauda, kita akan temui pelbagai cara menggunakannya. Akan tetapi apa yang selalu saya lakukan ialah menyapu minyak tersebut pada dada, perut dan tapak kaki anak serta memakaikan stokin ketika tidur. Jika teruk sangat saya akan menitiskan beberapa titik ke dalam mulut mereka (pahit).

Alhamdulillah masalah kesihatan mereka tidak melarat dan anak dapat tidur dengan tenang.

Itulah keberkatan habbatussauda yang disebutkan dalam hadis sahih oleh Rasulullah saw sebagai ubat segala penyakit. Bila bercerita dengan kawan-kawan Arab, mereka akan memberitahu "habbatul barakah", kerana terdapat berkat dalam penggunaannya.

Jadi cubalah petua ini, yang bersumberkan sunnah yang sahih. Tidak rugi kita mengamalkan rawatan berdasarkan sunnah kerana ia memberi kesan positif kepada  fizikal dan rohani kita. Yang utama banyakkan berdoa serta yakin kepada Penyembuh kita, Allah swt.


Comments

  1. saya juga cuba utk menggunakan minya HS bersama madu. anak2 tak gemarkan rasa HS yg pahit.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Bila Berbakat...Kembangkanlah...