Gunalah Habbatussauda'
Saya selalu bertemu para ibu yang menceritakan masalah kesihatan anak-anak mereka, terutama batuk, selsema, demam. Inilah masalah yang selalu kita hadapi terutama jika kita mempunyai anak kecil. Anak-anak kecil akan merengek, jika selsema atau demam, lebih teruk lagi tidak boleh tidur malam. Itulah pengalaman saya menjaga 4 orang anak kecil selama ini. Biasanya saya akan menyarankan mereka untuk menggunakan minyak habbatussauda' dengan pelbagai cara, dan feedbacknya selalu positif. Ini kerana sepanjang menggunakan minyak habbatussauda', masalah tersebut berjaya saya atasi, malah saya dapat mengelakkan penggunaan ubat-ubatan kimia, dan anak-anak semakin yakin untuk menggunakannya. Jika kita membaca pelbagai tulisan tentang habbatussauda, kita akan temui pelbagai cara menggunakannya. Akan tetapi apa yang selalu saya lakukan ialah menyapu minyak tersebut pada dada, perut dan tapak kaki anak serta memakaikan stokin ketika tidur. Jika teruk sangat saya akan menitiskan ...