Posts

Showing posts from September, 2009

Semangat Baru

Sememangnya perjalanan hidup kita adalah teramat manis sekiranya kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi setiap waktu. Bayangkan segala kesusahan hidup sewaktu kecil menjadi teramat manis bila dikenang kembali ketika dewasa.Jadi mengapa kita tidak menjadikan setiap peristiwa yang berlaku kepada kita manis pada mulanya lagi? Kita tidak perlu menunggu 10 atau 20 tahun untuk merasai kemanisan setiap ujian yang kita hadapi. Ingatlah ketetapan hidup yang kita pilih...bila memilih untuk menerima seorang lelaki dalam kehidupan kita, kemudian kita dianugerahkan dengan permata hati yang menyerikan kehidupan kita. Kita memilih untuk meneruskan kehidupan kita menurut sunnah Rasulullah saw, bukannya bersendirian. Jadi pastikan kita sentiasa bersemangat untuk menjadikan kehidupan keluarga kita teramat manis untuk dikenang.