Mesyuarat Ibu-ibu lagi

Alhamdulillah pagi semalam saya telah menghadiri mesyuarat ibu-ibu di sekolah anak sulung saya, satu perjumpaan dengan ibu-ibu untuk memberi taklimat akhir sebelum sekolah dibuka semula hari ini. Alhamdulillah suasana perjumpaan semalam amat berbeza daripada kebiasaan, salah juga ramalan saya.

Kebiasaannya mesyuarat dimulakan lewat daripada waktu yang ditetapkan, namun begitu semalam ia dimulakan lebih awal. Disebabkan saya dan anak perempuan terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke sekolah, jadi kami terlewat 20minit daripada waktu yang ditetapkan, ketika kami sampai program telahpun dimulakan.

Alhamdulillah suasana mesyuarat kali ini tenang, tidak suara-suara orang bercakap, mungkin disebabkan kerusi yang diletakkan jauh antara satu sama lain, ataupun kesan daripada H1N1 disitu. Maka sayapun terasa seronok dengan suasana kali ini, ditambah lagi dengan pengisian yang diberikan oleh guru-guru disitu. Masing-masing tampil menyentuh isu-isu yang berkaitan pelajar-pelajar perempuan disekolah tersebut. Jadi tiada masa terluang yang memberi peluang untuk ibu-ibu bercerita.

Namun begitu ibu-ibu disini sentiasa bersedia untuk memberi pendapat dan bersoal-jawab dengan pihak penganjur. Ada yang bertanya "apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah ketika sekolah ditutup seminggu?".

Saya amat seronok mendengar cerita pengetua sekolah tentang rezeki yang melimpah ke sekolah tersebut apabila masyarakat mendapat tahu bahawa ia terpaksa ditutup kerana influenza H1N1. Malah pelbagai bantuan dihulurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk membantu membersihkan sekolah tersebut termasuk menyahkumankan semua tempat disekolah. Hebatnya kerjasama yang dihulurkan serta bantuan derma juga diberikan oleh syarikat-syarikat swasta kepada pihak sekolah. Agaknya adakah usaha sebegitu dilakukan ditempat-tempat lain?

Dalam perjumpaan kali ini juga para ibu diingatkan dengan tanggungjawab mendidik anak-anak perempuan mereka agar lebih berdisiplin. Ini kerana sekolah ini dikelilingi oleh bangunan lain yang lebih tinggi daripada bangunan sekolah, walaupun setiap bahagian ditutup dengan tembok tinggi tetapi ramai lelaki-lelaki India yang menetap dibangunan luar mengambil kesempatan untuk menarik perhatian pelajar sekolah tersebut.

Alhamdulillah perjumpaan kali ini memberi banyak manfaat kepada saya serta ibu-ibu lain. Begitu juga kesungguhan guru-guru memastikan akhlak pelajar terjaga mengingatkan saya memori ketika bersekolah Maahad. Ini kerana isu-isu yang disentuh adalah sama walaupun tempat dan suasana yang berbeza.

Wanita...walau dimana kita berada isu-isunya tetap sama, lebih-lebih lagi wanita muslimah yang akan menjadi suriummah. Sekiranya wanita-wanita dididik dalam suasana yang elok, maka akan terbentuklah wanita-wanita Muslimah, begitu juga sebaliknya. Moga Allah merahmati kita semua. Amin




 

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat