Posts

Showing posts from November, 2009

Menyayangi Diri Sendiri?

Menyukai diri sendiri, menyayangi diri sendiri....apakah kita akan dianggap mementingkan diri sendiri hanya kerana kita menyukai diri kita? Apa yang kita perlu faham ialah menyayangi diri sendiri bukan bermakna mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan orang lain disekeliling kita. Ia amat penting bagi kita untuk memastikan perjalanan hidup kita sentiasa berada di jalan yang benar. Mengapa kita perlu menyukai diri sendiri? Jika kita lihat bagaimana kita melayan sahabat kita atau orang lain, layanan istimewa penuh tertib, begitulah juga layanan yang sepatutnya kita berikan kepada diri sendiri atau lebih baik lagi . Menjadi kawan baik kepada diri sendiri bukan bermakna mementingkan diri. Cuba ambil satu situasi dan soal diri, "Apakah yang akan aku lakukan kepada kawan sekiranya dia berada ditempatku ketika ini? Berdasarkan jawapan itu, "apakah kita mampu melakukan perkara yang sama kepada diri sendiri?" Apabila kita membandingkan bagaimana kita melayan diri s

Mencari Kekuatan Diri

Berada di rumah sepanjang masa boleh menyebabkan kita terasa boring, terkurung serta pelbagai lagi perasaan negatif yang akan timbul. Oleh itu kita mestilah menjadikan rumah kita sebagai syurga kita, walaupun kita kurang bertemu orangramai tapi hati kita terasa damai dan tenang setiap masa. Namun begitu untuk mengekalkan rasa damai dan tenang setiap masa, kita perlu mencari kekuatan diri sendiri. Apakah kekuatan kita, apakah kelemahan diri kita? Apakah kita betul-betul mengenal diri kita? Sekiranya ya, bermakna kita mampu berada bersendirian ataupun menyertai mana-mana kelompok manusia. Lebih hebat lagi sekiranya kita mampu mewujudkan interaksi yang berguna didalam setiap kumpulan yang kita sertai. Belajarlah untuk bersikap terbuka, mudah bergaul dengan orang-orang disekeliling kita terutama jiran-jiran kerana itu adalah sunnah. Kekuatan diri boleh didapati apabila kita sentiasa positif, walau apapun ujian yang kita hadapi. Oleh itu sentiasalah bersikap positif untuk membina 'r

Salam Idil Adha 1430H

Selamat Menyambut Idil Adha. Semoga kita beroleh banyak pengajaran berkaitan dengan pengorbanan pada hari ini. Ini kerana kebiasaannya khutbah hariraya akan diselitkan dengan pelbagai kisah dan sejarah yang berkaitan dengan hari ini. Alhamdulillah tahun ini Oman merayakan hariraya haji bersama-sama dengan umat Islam lain. Hariraya yang dikenali juga sebagai 'Eidul Akbar'. Ini kerana orang-orang Arab merayakan hari ini lebih meriah daripada hari raya puasa. Hari ini kawasan solat wanita di masjid juga penuh dengan wanita dan kanak-kanak, jika dibandingkan dengan solat raya puasa. Keadaan ini amat berbeza dengan tradisi orang Malaysia termasuklah orang-orang Malaysia yang berada disini. Ini kerana kita melebihkan sambutan raya puasa, manakala sambutan raya haji ala kadar sahaja. Malah disini tidak ada perjumpaan dibuat oleh pihak kedutaan semenjak lebih 4 tahun kami berada disini. Maka sambutan hari ini seolah-olah tiada dalam kalendar kedutaan, jika dibandingkan dengan p

Melayan Kerenah Anak-anak

Alhamdulillah sebagai surirumah sepenuh masa, kita berpeluang berada bersama dengan anak-anak serta memenuhi keinginan mereka. Memang ia memerlukan kesabaran terutama untuk memenuhi keinginan setiap orang serta mendisiplinkan mereka. Anak-anak saya kini berada pada peringkat umur yang amat memerlukan perhatian, terutama untuk memupuk kekuatan semangat, serta minat mengkaji dan berfikir. Alhamdulillah mereka semakin berani meluahkan isihati masing-masing serta berlumba untuk menghasilkan kerja yang baik. Namun begitu setiap hari mereka mencuba pelbagai percubaan baru (disebabkan menonton "alif ba ulum") sebaik saja pulang daripada sekolah. Habis lah gula, garam, cuka, tepung penaik, pewarna serta pelbagai bahan lain digunakan setiap kali mencuba, ada yang menjadi, ada yang tidak. Memang terlihat kegembiraan yang tidak dapat digambarkan setiap kali melihat percubaan mereka berjaya. Begitulah anak-anak...layan sajalah kerenah mereka. Mungkin saya bukanlah guru homeschool y

Musim Haji 1430H

Bersempena musim haji kali ini pelbagai program berkaitan ibadah haji disiarkan di TV setiap hari, menyebabkan banyak masa saya dihabiskan dihadapan TV. Memang terasa rugi jika terlepas menonton perbincangan haji yang hanya disiarkan setahun sekali. Apabila mengikuti siaran ini setiap hari, hati ini makin sayu mengingatkan diri yang masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci sedangkan adik dan suaminya telah menunaikan ibadah ini dua tahun lepas. Manakala kakak pula sedang berada di Tanah Suci Makkah tahun ini 1430H. Bukan kami tidak berkemampuan akan tetapi status merantau ini agak menyusahkan kami untuk mengatur perjalanan 'Rehlahtul Umr" ini. Mungkin kami tidak setabah kawan lain yang sanggup meninggalkan anak-anak kepada jiran yang boleh dipercayai demi menunaikan ibadah ini. Sesungguhnya mereka amat berani meninggalkan anak-anak ditangan orang lain, dinegara orang. Moga jihad mereka dirahmati oleh Allah swt serta mereka beroleh haji mabrur. Memang terdapa

Mesyuarat Ibu-ibu lagi

Alhamdulillah pagi semalam saya telah menghadiri mesyuarat ibu-ibu di sekolah anak sulung saya, satu perjumpaan dengan ibu-ibu untuk memberi taklimat akhir sebelum sekolah dibuka semula hari ini. Alhamdulillah suasana perjumpaan semalam amat berbeza daripada kebiasaan, salah juga ramalan saya. Kebiasaannya mesyuarat dimulakan lewat daripada waktu yang ditetapkan, namun begitu semalam ia dimulakan lebih awal. Disebabkan saya dan anak perempuan terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke sekolah, jadi kami terlewat 20minit daripada waktu yang ditetapkan, ketika kami sampai program telahpun dimulakan. Alhamdulillah suasana mesyuarat kali ini tenang, tidak suara-suara orang bercakap, mungkin disebabkan kerusi yang diletakkan jauh antara satu sama lain, ataupun kesan daripada H1N1 disitu. Maka sayapun terasa seronok dengan suasana kali ini, ditambah lagi dengan pengisian yang diberikan oleh guru-guru disitu. Masing-masing tampil menyentuh isu-isu yang berkaitan pelajar-pelajar perempuan di

Mesyuarat Ibu-ibu di Sekolah

Alhamdulillah malam tadi selesailah mesyuarat ibu-ibu di sekolah Zahratul Maarif, sekolah hero-hero saya belajar. Seperti biasa cara mereka amat jauh bezanya daripada kita, memang tiada protokol dalam setiap pertemuan, malah tidak ada ucapan-ucapan rasmi seperti yang biasa kita lihat di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun begitu persatuan ibu-ibu tetap ada, walaupun hanya sekadar nama. Dah mungkin adat mereka. Menurut kebiasaan mereka, pertemuan diadakan disebelah malam agar lebih ramai ibu-ibu dapat hadir ke sekolah, kerana ada orang yang boleh menghantar mereka. Tahun-tahun lepas tidak ramai yang hadir menyebabkan pihak pengurusan menyediakan hanya sedikit kerusi di tempat perjumpaan, tetapi malam tadi kehadiran amat ramai alhamdulillah. Kehadiran ibu-ibu yang agak ramai ini juga memeriahkan majlis ini, kerana dewan sentiasa bising setiap kali pihak pengurusan berhenti bercakap, malah mereka terpaksa mengetuk meja agar para hadirin diam. Itulah cara orang Arab, nak buat macammana.

Ilmu oh Ilmu...

Dalam meniti kehidupan ini kita tidak boleh lari daripada belajar dan menuntut ilmu. Kadang-kadang kita perolehi segala ilmu tersebut secara rasmi, iaitu dengan menghadiri kelas-kelas dan kursus-kursus tertentu, akan tetapi kita selalu mendapatnya secara tidak langsung. Jadi bagaimanakah ilmu-ilmu ini boleh kita sampaikan kepada orang lain. Pengalaman saya setiap kali bertemu dengan orang lain ialah saya akan mendapat pelbagai amalan untuk kesihatan diri dan keluarga. Kadang-kadang saya terfikir "Mengapa mereka memberitahu kepadaku?" "Apakah tanggungjawabku apabila menerima ilmu-ilmu ini?" Berat dan teramat berat...apatah lagi bila saya berada jauh daripada tempat yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk saya mencurahkan segala ilmu-ilmu ini. Sampai kini saya masih lagi terfikir-fikir "apakah sebenarnya tugas dan tanggungjawabku dengan segala ilmu yang diberikan ini?" Malah ada ustaz yang secara terang-terangan menyatakan bahawa saya perlu membantu

Apa yang nak dikongsi?

Setiap hari saya membaca cerita-cerita menarik ditulis dalam pelbagai blog dan web. Ketika itu terasa kekurangan diri kerana tidak mampu menyampaikan pelbagai ilmu yang dipelajari selama ini. Ketika pulang ke kampung kali ini saya bertekad untuk tidak menghadiri apa-apa majlis ilmu untuk mengelakkan pertambahan ilmu, (kerana tiada peluang menyampaikan) akan tetapi gagal kerana hati ini terlalu menyukai ilmu. Maka peluang berada ditanahair tidak saya sia-siakan, setiap minggu saya menjadi penunggu setia kuliah hujung minggu ditengah bandar Kota Bharu bersama-sama ribuan pendengar setia lain. Alhamdulillah pelbagai tazkirah singgah ditelinga ini, amanat Tok Guru yang terasa amat menusuk ke kalbu ini. Memang begitu lama saya tidak menghadiri kuliah-kuliah sebegini, terutama kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru. Terasa seolah-olah Tok Guru berbicara dengan diri ini secara langsung, malah saya terasa setiap persoalan dijawab oleh Tuan Guru dan penceramah-penceramah lain dengan jelas.

Cerita di Oman

Alhamdulillah setelah lama berehat, hari ini saya mulakan semula penulisan di sini, moga ia dapat menjadi terapi kepada saya yang makin malas menulis. Alhamdulillah anak-anak telah mula bersekolah semula secara berperingkat-peringkat malah minggu ini perjumpaan persatuan ibu-ibu disekolah akan mula diadakan. Begitulah urusan hidup seorang surirumah, mestilah memastikan hubungan antara rumah dan sekolah berjalan dengan baik. Memang kerajaan Oman begitu mengambil berat tentang kesihatan pelajar-pelajar mereka, pelbagai usaha dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar tentang H1N1. Malah guru-guru ditugaskan untuk mengambil suhu badan pelajar setiap pagi sebelum pelajaran bermula. Ini adalah untuk memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan sihat ketika berada di sekolah. Akan tetapi sehebat manapun usaha yang dilakukan pasti tidak dapat mengatasi ketetapan Allah swt. Sekolah anak sulung saya terpaksa ditutup seminggu bermula daripada 11 Nov 2009, hanya selepas dua