Anak-anak Remaja

Assalamualaikum wrt.wbt

Alhamdulillah kehidupan masih diteruskan seperti biasa, aktiviti-aktiviti harian dan mingguan masih tetap. Saya masih berada dirumah, melayan anak-anak yang kesemuanya dah masuk alam remaja.

Alhamdulillah anak sulung sudah memasuki alam universiti, kini pelajar Tahun Satu di Kuliah Agama disini.  Satu keputusan yang tidak mengikut perancangan beliau, tetapi saya redha, mungkin itu yang terbaik buat beliau.

Beliau telah memilih beberapa keputusan yang berbeza daripada kebiasaan. Keputusan pertama beliau yang mengejutkan guru-guru disini ialah apabila beliau memilih untuk mengikuti jurusan sastera sedangkan beliau adalah diantara pelajar terbaik matematik dan sains disekolah.

Alhamdulillah keputusan tersebut membantu pelajar junior memikir kembali tentang corak pemikiran mereka sebelum ini. Begitu juga pandangan pelajar sekolah beliau terhadap jurusan sastera juga turut berubah bilamana pelajar sastera terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik sekolah. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Begitu juga keputusan beliau untuk menyambung pelajaran di sini juga memberi kejutan kepada rakan-rakan dan jiran. Ini kerana beliaulah yang begitu seronok bercerita tentang UIA. Itulah impiannya sejak kecil. Katanya...ingin mengulang cerita semasa kecil setiap hari berlari-lari dalam kampus UIA.

Ketetapan Allah adalah yang terbaik. Moga masih ada peluang untuk beliau menyambung pelajaran di Institusi itu.

Anak-anak yang lain bakal menyusul dan dalam tempoh tiga tahun lagi kesemua akan-anak akan meninggalkan alam persekolahan. Terasa sekejap masa berlalu, betapa jauh bezanya melayan anak-anak kecil dan anak remaja.

Sudah beberapa tahun anak-anak mencadangkan saya untuk bekerja kembali, serta kembali aktif diluar rumah. Alhamdulillah anak-anak amat memahami tetapi saya masih belum bersedia. Mungkin apabila kesemua anak-anak memasuki universiti, saya akan turut serta.

Begitulah putaran hidup ini...moga segala pengorbanan yang dilakukan berolah ganjaran yang setimpal.




Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat