Posts

Showing posts from 2014

Didik Anak Tersenyum

Alhamdulillah tergerak dihati untuk berkongsi satu teknik yang selalu saya gunakan bila bertemu dengan kanak-kanak, iaitu tersenyum, dan meminta mereka senyum. Secara fitrahnya kanak-kanak mudah tersenyum, dan senyuman itu yang menjadi daya tarikan mereka sedari kecil. Namun begitu lama kelamaan sifat ini hilang tanpa disedari hingga ke satu tahap mereka hanya tersenyum kepada insan-insan tertentu sahaja. Pada mulanya saya hanya bergurau dengan mereka tetapi akhirnya saya merasakan senyuman itu indah, apatah lagi jika ia lahir dari hati yang ikhlas. Jadi tidak salah untuk meminta mereka agar menghadiahkan kita satu senyuman. Bagi saya, kanak-kanak berhati suci dan bersih, bila hati mereka bersih, terlalu mudah untuk tersenyum kepada sesiapa sahaja. Jadi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka makin sukar untuk tersenyum bila usia meningkat. Alangkah indah dan gembiranya jika kita selalu bertemu dengan insan yang suka senyum, kerana senyuman mereka mampu mengubat hati insan yan