Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari.

Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat.

Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita.

Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik.

Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memikirkan implikasi lain, juga tanpa perlu memikirkan mata lain yang memandang mereka.

Bila saya ingin mengikut cara mereka, saya cuba hasilkan fesyen ciptaan saya sendiri, dua dalam satu. Biasanya saya cuba menjahit baju yang ringkas dipakai ketika berada didalam rumah, ia boleh dipadankan dengan baju lain diluar, yang akan dipakai ketika ada tetamu.

Insya Allah suatu ketika nanti saya akan kongsikan beberapa contoh pakaian yang telah berjaya saya siapkan selama ini. Alhamdulillah saya mampu mempraktikkan kemahiran menjahit yang diajarkan oleh bonda suatu ketika dulu. Ia satu kemahiran yang dipaksa secara berperingkat daripada kecil, kini menjadi sumber terapi kepada saya.

Ingin saya kongsikan bagaimana ibu mendidik anak-anak beliau menjahit...
1. Mula belajar menjahit bahagian bawah dan lengan baju kurung.
2. Menjahit leher baju kurung, iaitu kemahiran menyembat.
3. Mula menggunakan mesin jahit untuk mencantum kepingan baju kurung yang sudah dipotong oleh ibu.
4. Belajar memotong baju sendiri.
5. Belajar mencipta design sendiri.

Alhamdulillah didikan secara berperingkat tersebut mampu dilaksanakan dengan baik, kerana syarat utama kami mesti siapkan tugasan tersebut sebelum hariraya atau hari mula persekolahan. Sesiapa yang tidak mampu siapkan terpaksa beraya dengan baju lama.

Alhamdulillah hari ini, saya berani menghasilkan design sendiri, yang tidak terdapat didalam pasaran. Dalam masa yang sama, saya mampu menjimatkan perbelanjaan rumah.

Sesungguhnya itulah hasil homeschool ibu saya suatu ketika dulu, anak-anak perempuan beliau semuanya mampu menjahit serta berpendidikan tinggi, alhamdulillah.

Moga saya juga mampu mempraktikkan cara ini kepada anak perempuan saya. Bila kita pandai menjahit sendiri kita mampu menjimatkan duit kita, serta boleh memakai pakaian yang sepadan dengan tubuh kita. Kemahiran tersebut juga nilai tambah untuk seorang surirumah, juga boleh menjadi sumber rezeki ketika perlu.

Moga kita berjaya menghidupkan bakat semulajadi kita...

Comments

  1. Suke entri ni..sye hari kedua menjadi suri rumah tgga..semoga blog motivasi ni dpt jana kekuatan sye utk kuat n tabah..hihii yg penting nk keberkatan in shaa Allah...tq krn berkongsi 😍

    ReplyDelete
  2. Suke entri ni..sye hari kedua menjadi suri rumah tgga..semoga blog motivasi ni dpt jana kekuatan sye utk kuat n tabah..hihii yg penting nk keberkatan in shaa Allah...tq krn berkongsi 😍

    ReplyDelete
  3. Biasanya kita ni kalau duk rumah mmg selebet..hu2..boleh praktikkan ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat