Posts

Showing posts from 2012

Bersama Anak-anak 24 jam

Bismillah.... Apabila kita memilih untuk berada dirumah, maknanya kita bersedia untuk berada sepanjang masa bersama-sama anak-anak, dalam kata lain 24 jam, tujuh hari dalam seminggu. Apakah kita bersedia secara emosi dan fizikal untuk menempuh pengalaman ini? Apakah kita akan mampu bersabar sepanjang tempoh tersebut ataupun hari-hari dijalani dengan penuh ketegangan, kerana kurang mampu bersabar dengan kerenah anak-anak. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka mungkin menghadapi hari-hari sebegini ketika tibanya musim cuti sekolah. Namun begitu ramai ibu-ibu hari ini memilih untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke kelas-kelas tertentu sepanjang musim cuti, demi memanfaatkan masa cuti anak-anak mereka. Bayangkan ketika bekerja, kita cuma menghabiskan masa yang amat singkat dengan anak-anak, kerana masa kita banyak dihabiskan ditempat kerja, manakala anak-anak kita hantarkan ke pusat-pusat asuhan. Apabila balik ke rumah kita sibuk dengan urusan rumahtangga, makan malam kemudian waktu

Salam Ramadhan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Hari ini kita berada pada hari terakhir bahagian pertama Ramadhan. Moga kita dapat melipatgandakan ibadah kita di bulan Mulia ini. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya update blog ini setelah berbulan ditinggalkan sepi. Alhamdulillah kini dua bulan saya berada ditanahair, bercuti dengan anak-anak sambil melancong memperkenalkan tanahair sendiri pada anak-anak. Semuanya sebelum Ramadhan bermula, kini masing-masing sibuk dengan agenda Ramadhan. Alhamdulillah tahun ini kami akan berpeluang berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga dikampung. Inilah nikmat yang tiada bandingannya, setelah beberapa tahun berpuasa diluar negara. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan suami yang begitu memahami, walaupun kami sekarang berada di dua benua yang berbeza. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Bersyukurlah atas segala kurniaan Allah, meskipun ada pahit manisnya bila berjauhan... Alhamdulillah 'ala k

Masih Bermotivasi

"Allah hanya menguji insan-insan yang mampu menghadapinya."   Itulah kata-kata penguat setiap kali diri ini diuji. Ujian utama ialah bagaimana untuk mengurus masa yang begitu lapang, tanpa tekanan daripada luar. Ya lah bagi saya yang sudah bertahun-tahun hidup dalam tekanan kesibukan, ketenangan adalah ujian yang amat besar. Alhamdulillah...berkat ilmu dan latihan yang diperolehi semasa belajar, saya masih bermotivasi untuk meneruskan perjuangan walaupun masih belum bertemu dengan insan-insan yang sefikrah. Kadang-kadang hati memberontak, mengapalah aku terlontar begitu jauh disini, tanpa teman-teman apalagi sanak-saudara, semuanya mesti bermula daripada asas, iaitu ukhwah islamiyyah. Namun begitu, amat sukar untuk bertemu dengan insan yang memiliki fikrah perjuangan seperti cara saya dididik di UIAM. Jika bertemu dengan insan yang berakhlak baik, mereka tidak mempunyai fikrah untuk berjuang, kehidupan mereka hanyalah untuk diri dan keluarga mereka sahaja. Moga Allah me

Tazkirah buat Diri...

Setakat mana kita berusaha untuk membaiki diri kita ke arah yang lebih baik? Setakat mana kita berusaha untuk membantu insan-insan disisi kita ke arah kejayaan? Setakat mana keyakinan kita dengan pilihan kita sehari-hari? Apakah kita meletakkan diri kita kedalam kelompok insan-insan yang berjaya? Setakat mana pula kita berusaha meninggalkan sifat-sifat negatif kita? Setakat mana pula kita berusaha memupuk sifat-sifat positif? Muhasabah diri ke arah yang lebih baik, untuk kejayaan didunia dan diakhirat. Sebaik-baik usaha kita ke arah kejayaan ialah dengan meninggalkan segala sifat-sifat negatif, menghiasi diri dengan sifat-sifat positif...ketika itu Allah akan membuka kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri kita. Maka berusahalah untuk menpraktikkan segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Moga kita berjaya didunia dan diakhirat.

Moga Termotivasi

Alhamdulillah perjalanan hidup diteruskan dalam episod seterusnya, bermula dengan tahun baru sama ada hijrah atau masihi. Ia hanyalah perkiraan tarikh, apa yang penting kita masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita. Apakah perjalanan episod hidup anda pada tahun lepas menggembirakan hati anda? Ataupun ia hanyalah episod biasa-biasa sepertimana tahun-tahun sebelumnya? Bagi saya 2011 meninggalkan kesan yang begitu besar dalam diri saya. Begitu besar dugaan dan ujian yang disediakan oleh-Nya selama tempoh tersebut. Alhamdulillah saya masih mampu menghadapinya, moga Allah memberi kekuatan semangat buat diri ini. 2011...satu nombor yang bertahun-tahun tercatat dalam imaginasi ini, hinggakan saya tertanya-tanya apakah yang ada pada 2011? Kini setelah 2011 berlalu, barulah saya tahu jawapan kepada semua persoalan selama ini. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Saya terasa seolah-olah rahsia tersebut telah dibuka, dan saya telah selesai menjalaninya...Alhamdulillah. Namun begitu ta