Posts

Showing posts from October, 2009

Melawat sambil Belajar

Alhamdulillah sepanjang Syawal yang lalu kami banyak melawat tempat-tempat menarik di Oman. Ditambah pula anak-anak masih lagi bercuti, jadi kami manfaatkan masa ini untuk membawa anak-anak melawat sambil belajar. Bermula dengan membantu Saudari Muna dari Thailand melawat-lawat sekitar bandar Muscat pada hari raya pertama dan kedua, sekarang kami meneruskan program ini untuk anak-anak. Diantara tempat-tempat menarik ialah taman-taman dan kota-kota di Oman. Maklumlah anak-anak belajar di sekolah kerajaan Oman, jadi maklumat-maklumat sebegini amat diperlukan oleh anak-anak kami agar mampu memahami apa yang akan dipelajari di sekolah. Setakat ini kami telah melawat Kota-kota (Husn) Jibrin, Bahla, Ibri dan Barka. Memang banyak perkara yang mampu dipelajari disebalik kewujudan kota-kota sebegini di Oman. Inilah sejarah Oman yang agak menarik untuk dipelajari. Sayangnys saya tidak boleh memasukkan gambar tempat-tempat tersebut disini, kerana masalah teknikal, walaupun dah mencuba beber

Bila terkena kepada kita...

Sebagai manusia yang hidup di dunia ini kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Setiap saat yang berlalu merupakan ujian kepada kita, apakah kita telah menggunakannya dengan sebaik-baiknya ataupun ia sekadar berlalu tanpa apa-apa faedah. Ujian-ujian inilah yang akan menambahkan pengalaman kepada kita, bagaimana menghadapi ujian itu dan apakah cara untuk menyelesaikannya. Apakah kita dapat merasai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain? Apakah pula tindakan kita untuk membantu orang-orang yang menghadapi masalah itu? Kadang-kadang kita cuma mampu melihat tanpa membantu apa-apa,itulah ujian kita pula. Namun bila masalah yang sama terkena kepada kita barulah kita merasai apa yang selama ini cuma kita lihat dari jauh. Inilah kehidupan...Itulah sebabnya kita diajar agar sentiasa bantu membantu antara satu sama lain, agar kita tidak terkejut apabila menghadapi ujian yang sama. Ada orang yang terus melenting apabila menghadapi masalah, habis orang diarahkan untuk membantu

Cepatnya Masa Berlalu

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik sudah seminggu berlalu. Ketika ini terasa banyak masa dihabiskan tanpa hasil (material). Memang sepanjang hari menghabiskan masa dengan anak-anak, melayani kerenah mereka memang memerlukan kesabaran. Tambahan lagi bila dilakukan dalam keadaan santai, tidak terasa masa berlalu. Apakah itu keseronokan? Ini kerana bila kita seronok kita tidak terasa masa berlalu begitu cepat, sedangkan bila kita dalam musibah kita akan selalu menghitung hari, mengharapkan penderitaan itu berakhir. Hati tertanya-tanya; apakah ada orang lain yang terasa bahawa masa berlalu begitu cepat? Apakah ini tanda-tanda bahawa dunia semakin tiba ke penghujungnya sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah tentang tanda-tanda hari akhirat iaitu "masa berlalu begitu cepat". Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Sebagai surirumah, apakah melaksanakan rutin seharian menyebabkan kita terasa masa begitu pantas berlalu? Pastikan kita membetulka

Kawan Baru di Oman

Alhamdulillah, semalam, selepas pulang daripada rumah terbuka seorang kawan berdekatan Qurum Natural Park, kami sempat singgah berehat di taman tersebut. Biasanya kami menghabiskan hari minggu berehat di tepi pantai sambil berenang dan menyelam. Itu saja yang dapat kami lakukan sebagai anak rantau, untuk menenangkan fikiran. Alhamdulillah raya kali ini, program hujung minggu kami terisi dengan jemputan rumah terbuka, satu perubahan baru dalam kehidupan kami di sini. Sekurang-kurangnya ada jalan dibuka kepada kami mengenali orang Malaysia lain di sini. Namun bagi saya, walaupun kurang bergaul dengan warga senegara, kehidupan kami tetap meriah dengan ukhwah yang dijalinkan dengan dengan warga lain seperti Sudan, Mesir, Oman, India, Pakistan dan lain-lain. Sedang kami berehat menunggu anak-anak bermain, tiba-tiba mereka datang memberitahu bahawa mereka terjumpa kanak-kanak bercakap bahasa Melayu, 'orang Malaysia la tu' kata si kakak. Saya kata 'mungkin Indonesia atau B

Belajar di Rumah

Sekolah kerajaan Oman masih ditutup dan akan dibuka secara berperingkat-peringkat sehingga 3 Nov depan. Ini bermakna masih lama lagi masa untuk anak-anak berada dirumah. Sememangnya tahun ini musim cuti teramat panjang bermula awal Jun hingga November. Anak-anak sudah semakin boring berada dirumah tanpa belajar. Mereka mula membilang hari bilakah mereka akan ke sekolah semula. Malah mereka mula mengkritik mengapa mereka masih perlu bercuti, sedangkan segala keperluan sekolah telah kami sediakan semenjak akhir Ramadhan lagi. Alhamdulillah inilah peluang untuk saya menghidupkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Sekiranya pada awal musim cuti mereka terlalu liat bila disuruh belajar, tapi sekarang mereka yang terlalu ingin belajar. Belajar di Rumah...itulah satu usaha yang boleh kami buat untuk menghilangkan kebosanan mereka berada dirumah. Tapi ia bukanlah homeschool seperti yang diamalkan oleh ramai ibu-ibu sekarang. Saya cuba mempraktikkan homeschool versi mak saya dahulu

Sabarlah dengan Kerenah Anak-anak

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita dikurniai anak-anak yang menceriakan hari-hari kita. Mereka adalah tanggungjawab yang diberikan kepada kita dan tidak boleh kita pandang ringan. Susah atau senang terpaksalah kita hadapi dengan penuh sabar. Bukan semua pasangan bertuah memiliki anak, masih ramai yang tertunggu-tunggu bilakah Allah akan mengurniakan mereka anak. Malah pelbagai usaha yang telah mereka lakukan tapi masih belum berhasil. Jadi bila mengingatkan ujian yang terpaksa mereka hadapi, kita seharusnya bersyukur kerana ujian kita berbeza daripada pasangan-pasangan ini. Semenjak lahir pelbagai kerenah anak-anak kecil yang terpaksa kita hadapi, apatah lagi sekiranya kita mempunyai anak kecil yang berderet-deret, setahun seorang, maka kerenah yang terpaksa kita hadapi juga berganda. Itulah ujian seorang ibu. Mampukah kita bersabar bila berhadapan dengan kerenah mereka? Alhamdulillah anak-anak saya telah melepasi peringkat pertama, kesemua mereka sekarang berada da

Apa Perasaan Anda Hari Ini?

Apa perasaan anda setiap hari apabila bangun tidur? Adakah anda gembira dan bersemangat untuk meneruskan hari tersebut ataupun letih-lesu serta tidak ceria. Ingatlah Rasulullah sallalahu alaihiwasallam mengajar kita membaca doa setiap kali bangun tidur yang bermula dengan kata-kata syukur kepada Allah. Ini bermakna kita perlu hadapi hari-hari dalam hidup kita bermula dengan kesyukuran dan kegembiraan. Kemudian kita diajar supaya berwuduk dan memasukkan air ke dalam hidung, kerana syaitan berada didalam lubang hidung kita ketika kita tidur. kemudian menunaikan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Begitulah amalan harian yang diajar kepada kita sebelum memulakan kerja-kerja lain. Apakah kita terfikir mengapa kita disuruh berbuat demikian? Mengapa kita perlu melakukan perkara-perkara tersebut sejurus bangun tidur? Apakah hikmah yang mampu kita perolehi? Sememangnya orang-orang yang memulakan hari-hari mereka dengan penuh kesyukuran akan dapat meneruskan hari tersebut dengan gembira d

Blog Baru Niat Baru

Alhamdulillah blog ini diwujudkan untuk menggantikan blog 'Surirumah Efektif' yang merupakan tempat saya belajar menulis bermula 2 Syawal tahun lepas. Setelah setahun berlalu, terlalu banyak perkara yang saya pelajari berkaitan surirumah dan internet. Jadi saya merasakan teramat perlu untuk saya melakukan perubahan, untuk lebih fokus kepada bidang pilihan saya, surirumah dan pengurusan keluarga. Blog ini juga diwujudkan untuk memotivasi diri sendiri yang mana apabila diri termotivasi, banyak usaha yang mampu dilakukan untuk kebaikan ummah. Namun begitu, saya masih tetap meyakini bahawa apa saja kebaikan yang ingin kita lakukan hendaklah bermula dengan diri sendiri. Sekiranya kita mampu mengawal diri, kita akan mampu mengawal keluarga kita seterusnya kita akan mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikan masyarakat disekeliling kita. Jika setiap diri mampu dikawal oleh tuan empunya diri, maka akan amanlah bumi ini, dan kehidupan yang akan kita lalui juga akan menjadi teramat

Semangat Ramadhan

Alhamdulillah kita telah berjaya melalui tarbiyah Ramadhan tahun ini, moga-moga ia mampu mengajar kita mengurus diri dan keluarga dengan lebih terancang. Memang terlalu banyak ilmu yang mampu kita perolehi daripada Ramadhan. Malah setiap kali kedatangannya kita berubah menjadi seorang Muslim yang lebih elok daripada sebelumnya, tapi apakah setiap amalan yang dilakukan semasa Ramadhan dapat kita teruskan selepas Ramadhan berakhir? Menurut kajian, ramai keluarga Muslim berubah ke arah yang lebih baik ketika bulan Ramadhan, malah peratusan pergaduhan suami isteri serta perceraian juga berkurangan dalam bulan Ramadhan. Apakah umat Islam mesti menunggu bulan Ramadhan untuk berubah? Dan apakah perubahan itu akan berterusan ataupun berakhir bersama-sama berakhirnya Ramadhan kali ini. Sama-samalah kita memastikan yang kita mampu melakukan yang terbaik untuk keluarga kita,setelah berjaya menjalani tarbiyah Ramadhan tahun ini. Dan biarlah usaha yang kita lakukan itu berterusan sepanjang ta