Posts

Showing posts from April, 2013

Apa Tujuan Allah letakkan kita disitu?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah meletakkan kita berada dirumah, satu tempat yang dipandang rendah oleh wanita-wanita terpelajar masa kini.   Mengapa saya mengatakan begitu? Ini kerana status wanita berada dirumah adalah terlalu tidak berharga dimata insan-insan yang melihat kepada nikmat dunia semata-mata.   Bukan sekali, dua kali malah berkali-kali saya mendengar ucapan-ucapan...'mengapa duduk dirumah, mengapa tidak memohon kerja diluar yang sesuai dengan status', hinggakan ada yang menyatakan 'awak habis belajar sekolah menengah saja ke, pilih untuk berada dirumah'.   Ada pelbagai lagi ucapan-ucapan yang menyedihkan hati saya sekali dengar, tetapi menguatkan hati ini untuk mempertahankan status ini bila berkali-kali mendengar pertanyaan yang sama.   Bertahun-tahun saya mencari jawapan kepada pilihan ini, saya tahu Allah tidak meletakkan saya berada disini sia-sia...Ada satu misi yang mesti saya lakukan, yang jarang difikirkan oleh ber

Apa yang Telah Kau Buat dengan Hidupmu?

Satu persoalan yang selalu bermain difikiran ini ialah apakah yang telah aku lakukan setakat ini? Apakah kesan yang akan aku tinggalkan untuk ummah?   Soalan-soalan ini lebih mudah dijelaskan dengan satu soalan lagi iaitu "Apakah yang telah kau buat dengan hidupmu?"   Soalan-soalan ini menjadikan kita seorang yang akan memikirkan secara serius tentang kehidupan seharian kita, apakah ia berlalu tanpa apa-apa makna ataupun ia adalah sebahagian daripada gerakkerja untuk memenuhi tuntutan hidup kita sebagai khalifah Allah dialam ini.   Bila kita selalu berfikir tentang tujuan hidup kita, insya Allah jalan-jalan yang dilalui sehari-hari akan menuju ke arah mencari Redha Ilahi.   Namun jika jalan yang dipilih mengenepikan persoalan ini, mungkin hidup kita hanyalah untuk memenuhkan perut semata-mata. Moga dijauhkan daripada semua itu.   Kebanyakan surirumah hari ini adalah terdiri daripada insan-insan terpelajar, insan yang memiliki pelbagai bentuk ilmu bermanf

Surirumah berpendirian Teguh

Alhamdulillah akhirnya saya beroleh kekuatan untuk meneruskan blog ini. Moga ia mampu membantu saya dan rakan-rakan surirumah untuk beroleh kekuatan dalam mengharungi hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa.   Kadang-kadang lain yang kita inginkan tetapi lain pula ketetapan Allah swt buat kita. Lain yang kita pilih tetapi lain pula yang berlaku. Redhalah dengan apa yang berlaku kerana ia akan memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi hidup ini.   Kemudian, kita mestilah berpegang teguh dengan prinsip kita, kerana ia punca kekuatan dalam mengharungi hidup.    Sebagaimana yang saya selalu sebutkan, bila kita memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, ia tidak bermakna kita meninggalkan masyarakat disekeliling kita, tetapi kita mencari kekuatan daripada pilihan tersebut. Cubalah untuk menjadi ejen perubah dalam masyarakat disekeliling kita, agar umat Islam dihormati.   Kitalah wanita, ibu, kakak dan anak perempuan...didiklah diri untuk menjadi wanita yang m