Ilmu oh Ilmu...

Dalam meniti kehidupan ini kita tidak boleh lari daripada belajar dan menuntut ilmu. Kadang-kadang kita perolehi segala ilmu tersebut secara rasmi, iaitu dengan menghadiri kelas-kelas dan kursus-kursus tertentu, akan tetapi kita selalu mendapatnya secara tidak langsung. Jadi bagaimanakah ilmu-ilmu ini boleh kita sampaikan kepada orang lain.

Pengalaman saya setiap kali bertemu dengan orang lain ialah saya akan mendapat pelbagai amalan untuk kesihatan diri dan keluarga. Kadang-kadang saya terfikir "Mengapa mereka memberitahu kepadaku?" "Apakah tanggungjawabku apabila menerima ilmu-ilmu ini?" Berat dan teramat berat...apatah lagi bila saya berada jauh daripada tempat yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk saya mencurahkan segala ilmu-ilmu ini.

Sampai kini saya masih lagi terfikir-fikir "apakah sebenarnya tugas dan tanggungjawabku dengan segala ilmu yang diberikan ini?" Malah ada ustaz yang secara terang-terangan menyatakan bahawa saya perlu membantu orang lain dengan cara menggunakan segala ilmu yang diperolehi selama ini. Tapi apa yang dapat saya lakukan disini? Siapakah yang dapat saya bantu dibumi asing ini dan segala keterasingan ini? Ya Allah betapa beratnya ujian ini...

Kadang-kadang saya terfikir, apakah ini jawapan kepada keinginan hati ini semenjak dulu iaitu ingin belajar ilmu perubatan. Namun saya tidak ditakdirkan untuk mempelajarinya, hanya sekadar membaca daripada buku-buku dan majalah.

Mungkinkah saya perlu mengkajinya daripada pengamalan Rasulullah saw? Apakah saya perlu mengintegrasikan semua ilmu yang diperolehi selama ini, dan menjadikannya sebagai panduan yang berguna kepada setiap surirumah? Apakah ini ubat kepada segala kesulitan dan kesusahan yang saya alami selama ini? Apakah ini hikmah pengasingan ini? Apakah ini jalan yang perlu saya ikuti selepas ini? Apakah saya mampu menghadapinya?

Ya Allah bantulah hamba-Mu ini menjawab segala persoalan yang tidak berkesudahan.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat