Petua Hilangkan Bau Dapur

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu beberapa petua untuk dikongsikan bersama-sama ketika berada didapur.

Alkisahnya seorang kawan menghadiahkan beberapa jenis ikan kering yang dibawa dari Malaysia. Memandangkan telah begitu lama tidak memakannya, saya cuba menggorengnya.

Sayang sekali bau ikan kering memenuhi setiap ruang dirumah saya hinggakan anak-anak dan suami bertanya apakah bau tersebut.

Sememangnya saya sudah sebati dengan bau tersebut sejak kecil lagi, tetapi ahli rumah ini tidak sanggup menyedut atau menghidu bau tersebut.

Jadi saya terpaksa mencari serta mencuba beberapa petua untuk mengembalikan bau enak untuk ruangan dirumah saya.

Diantara cara mudah yang saya amalkan ialah membersihkan lantai dapur dengan menggunakan cuka makan.

Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka makan kedalam air, dan siram ke lantai dapur dan mana-mana ruang yang ingin dineutralkan baunya.

Pada mulanya bau cuka makan akan memenuhi ruang tersebut, namun akhirnya ia akan hilang bersama-sama dengan bau-bau lain, menjadikan ruangan lain turut berbau segar.

Manakala petua lain yang boleh dilakukan ialah dengan menyangai serbuk kayu manis diatas api sehingga keluar bau wangi yang akan tersebar ke setiap sudut rumah.

Ini diantara petua yang pernah saya lakukan untuk mengatasi masalah bau dirumah. Anda mungkin mempunyai pelbagai petua lain, jika sudi kongsikanlah bersama saya disini.

Apa yang penting elakkan daripada menggunakan bahan- bahan berunsur kimia kerana kita dan ahli keluarga kita akan menyedut bau tersebut setiap hari.

Jika mampu carilah bahan-bahan alami untuk kesejahteraan orang yang kita sayang. Selamat mencuba.

Comments

  1. ooh baru sy tahu cuka bntu hilangkan bau. terima kasih share :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat