Masih Bahagia

Saya masih dalam mood untuk bercerita tentang kebahagiaan dan kegembiraan, yang mana ia merupakan suatu topik yang amat penting buat surirumah.

Ya lah kita sebagai surirumah selalu berdepan dengan pelbagai soalan bila duduk bersama-sama ahli masyarakat. Ketika itulah perasaan bahagia kita berada dirumah akan diuji dengan pelbagai soalan maut yang mampu mengugat ketenangan yang kita rasa.

Mungkinkah anda juga merasai perasaan seperti ini?

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita seolah-olah menyambungkan diri kita kepada satu mesin untuk menjadikan kita bahagia.

Apakah kita sanggup untuk menjadi seorang insan yang terlalu bergantung kepada unsur lain untuk merasa bahagia? Sedangkan kita tahu bahawa semua unsur tersebut tidak kekal...malah akan hilang bila tiba masanya. Ketika itu kita akan mencari-cari unsur lain untuk kita sambungkan tenaga kita demi memiliki rasa bahagia yang kita impikan.

Apakah yang kita rasakan bila kita terpaksa bergantung kepada orang lain dalam setiap aktiviti harian kita, tentu kita merasa tidak senangkan. Nak bergerak ke mana-mana terpaksa menunggu kawan atau suami ada masa lapang, sedangkan kita ingin menyiapkan urusan kita dengan segera.

Jadi apakah tindakan kita? Apakah kita sanggup meneruskan rutin sebegitu ataupun cuba mencari penyelesaian lain?

Bagi saya, setiap insan diberikan akal untuk mencari penyelesaian kepada setiap keinginan dan kehendak, jadi kita hendaklah berusaha untuk mencari penyelesaian kepada keadaan tersebut agar kita mampu merasa bahagia setiap ketika.

Sebenarnya perkara-perkara kecil dalam hidup kita mampu menjadi satu masalah besar, jika ia tidak diuruskan dengan betul.

Apakah kaitan perbincangan saya dengan perasaan bahagia? Bagi saya jika kita ingin merasa betul-betul bahagia, belajarlah untuk mencari jalan keluar kepada setiap masalah dengan bijak. 

Jika kita merasakan diri kita masih lemah dalam pengurusan masa, maka cubalah atasi masalah tersebut.
Jika kita kita merasakan self-esteem kita semakin menurun, maka perbaikilah ia...cari jalan untuk perkuatkannya kembali.
Jika kita merasakan bahawa terlalu bergantung kepada insan lain, carilah jalan untuk kurangkannya pergantungan tersebut, akan tetapi letakkan pergantungan kita kepada Yang Kekal Abadi iaitu Allah swt.

Bila kita mampu meletakkan pergantungan utama kepada Allah swt, insya Allah perasaan kurang bahagia akan dapat diatasi dengan mudah.

Selalulah bayangkan bahawa kita bahagia berada dirumah, bayangkan juga detik-detik bahagia tersebut dengan kerap, insya Allah kita akan mampu bertahan walaupun kita diuji dengan kata-kata insan yang tidak memahami 'mengapa kita memilih untuk berada dirumah'.

Moga Allah memberi kekuatan kepada saya dan surirumah semua untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab utama kita. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Bergaya didalam Rumah

Didik Anak Tersenyum

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat