Posts

Anak-anak Remaja

Assalamualaikum wrt.wbt Alhamdulillah kehidupan masih diteruskan seperti biasa, aktiviti-aktiviti harian dan mingguan masih tetap. Saya masih berada dirumah, melayan anak-anak yang kesemuanya dah masuk alam remaja. Alhamdulillah anak sulung sudah memasuki alam universiti, kini pelajar Tahun Satu di Kuliah Agama disini.  Satu keputusan yang tidak mengikut perancangan beliau, tetapi saya redha, mungkin itu yang terbaik buat beliau. Beliau telah memilih beberapa keputusan yang berbeza daripada kebiasaan. Keputusan pertama beliau yang mengejutkan guru-guru disini ialah apabila beliau memilih untuk mengikuti jurusan sastera sedangkan beliau adalah diantara pelajar terbaik matematik dan sains disekolah. Alhamdulillah keputusan tersebut membantu pelajar junior memikir kembali tentang corak pemikiran mereka sebelum ini. Begitu juga pandangan pelajar sekolah beliau terhadap jurusan sastera juga turut berubah bilamana pelajar sastera terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik sekola

Doakan Secara Berdepan

Alhamdulillah...syukur kerana masih mampu menulis di sini. Kali ini saya berminat untuk berkongsi satu cara yang amat elok, yang sentiasa diamalkan oleh rakan-rakan Arab, iaitu doakan rakan secara berdepan serta mengaminkan bersama-sama. Bagi saya, itu adalah satu cara yang elok serta membahagiakan hati orang yang mendengarnya. Amalan ini adalah biasa dikalangan orang-orang Arab, tetapi amat jarang ditemui dalam masyarakat kita, sehinggakan saya terasa seolah-olah begitu berat untuk menuturkannya. Sebenarnya ia akan menjadi mudah jika kita melatih tabiat ini semenjak kecil, kerana ia adalah di antara perkataan asas dalam pertuturan. Doa-doa ini boleh digunakan dalam bahasa kita, selagi ia mampu difahami orang yang mendengarnya. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya insan yang berkomunikasi dengan kita, bila ungkapan kita sentiasa diselitkan dengan doa-doa yang indah. Kita boleh melatih anak-anak kita menggunakannya, menggantikan perkataan-perkataan kasar yang boleh mengguris

Bergaya didalam Rumah

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih mampu bernafas serta melakukan aktiviti sehari-hari. Bila melayari internet terdapat pelbagai website yang mempromosi jualan pakaian wanita. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk kita tampil bergaya diluar rumah agar nampak cantik pada pandangan masyarakat. Apakah pula penampilan kita semasa dirumah? Apakah secantik penampilan diluar atau ala kadar? Kadang-kadang kita terlalu ingin orang luar tertarik dengan gaya dan fesyen pakaian kita, sehingga melupakan insan terdekat dengan kita. Sepanjang bergaul dengan wanita Arab, saya melihat satu perbezaan ketara dengan cara kita. Bila diluar rumah, mereka cuma memakai abaya hitam dan tudung hitam tetapi bila berada dirumah mereka begitu bergaya, mengenakan pelbagai jenis pakaian yang cantik. Alhamdulillah masih begitu ramai yang mempraktikkan cara terbaik untuk wanita berpakaian. Ketika berada dirumah, wanita bebas memakai apa saja menurut keinginan hati mereka, tanpa perlu memi

Bila Berbakat...Kembangkanlah...

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mendapat kekuatan untuk mencoret disini. Alhamdulillah akhirnya blog ini mampu dihidupkan kembali... Saya minat untuk bercerita tentang bakat kerana ia begitu penting dalam kehidupan seorang insan. Apakah kita redha menjalani kehidupan sehari-hari melakukan perkara yang bukan terhasil daripada bakat kita? Allah swt menjadikan setiap orang memiliki keistimewaan tersendiri. Kita mempunyai bakat tertentu sama ada kita sedari ataupun tidak. Itulah tujuan hidup kita. Bila kita mengetahui apa sebenarnya kelebihan istimewa tersebut, kita akan terasa betapa berharganya kehidupan kita di alam ini. Ya, itulah suatu keistimewaan kita, tiada siapa mampu menidakkannya. Syukurlah kepada sesiapa yang telah berjaya menemui kelebihan tersebut serta mengembangkannya, kerana ia begitu berharga melebihi wang ringgit dan segala harta didunia ini. Bagi yang masih belum bertemu atau yang gagal menentukan mana satu keistimewaannya, anda masih b

Didik Anak Tersenyum

Alhamdulillah tergerak dihati untuk berkongsi satu teknik yang selalu saya gunakan bila bertemu dengan kanak-kanak, iaitu tersenyum, dan meminta mereka senyum. Secara fitrahnya kanak-kanak mudah tersenyum, dan senyuman itu yang menjadi daya tarikan mereka sedari kecil. Namun begitu lama kelamaan sifat ini hilang tanpa disedari hingga ke satu tahap mereka hanya tersenyum kepada insan-insan tertentu sahaja. Pada mulanya saya hanya bergurau dengan mereka tetapi akhirnya saya merasakan senyuman itu indah, apatah lagi jika ia lahir dari hati yang ikhlas. Jadi tidak salah untuk meminta mereka agar menghadiahkan kita satu senyuman. Bagi saya, kanak-kanak berhati suci dan bersih, bila hati mereka bersih, terlalu mudah untuk tersenyum kepada sesiapa sahaja. Jadi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka makin sukar untuk tersenyum bila usia meningkat. Alangkah indah dan gembiranya jika kita selalu bertemu dengan insan yang suka senyum, kerana senyuman mereka mampu mengubat hati insan yan

Tip Bersihkan Sinki Tersumbat

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan masalah utama di dapur tanpa bantuan orang lain. Memandangkan kami tinggal di apartment yang disediakan oleh majikan suami di sini, jadi kami tidak banyak pilihan. Redha dan bersyukur dengan apa yang ada meskipun kadang-kadang rasa sakit hati bila pelbagai masalah timbul. Alhamdulillah pihak pengurusan bangunan menyediakan perkhidmatan baikpulih secara percuma tetapi agak sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tersebut mengikut masa luang kami. Selalunya pekerja akan datang pada waktu pagi, saya akan mendiamkan diri, tidak berani membuka pintu kerana tinggal bersendirian. Apabila menghadapi masalah sinki tersumbat pula terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapat waktu yang sesuai ketika suami berada dirumah. Ketika itulah pekerja India akan datang membaiki apa-apa yang perlu dibaiki. Setelah beberapa kali menghadapi masalah yang sama; kebiasaannya saya akan cuba membaiki sendiri serta mengo

Petua Hilangkan Bau Dapur

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu beberapa petua untuk dikongsikan bersama-sama ketika berada didapur. Alkisahnya seorang kawan menghadiahkan beberapa jenis ikan kering yang dibawa dari Malaysia. Memandangkan telah begitu lama tidak memakannya, saya cuba menggorengnya. Sayang sekali bau ikan kering memenuhi setiap ruang dirumah saya hinggakan anak-anak dan suami bertanya apakah bau tersebut. Sememangnya saya sudah sebati dengan bau tersebut sejak kecil lagi, tetapi ahli rumah ini tidak sanggup menyedut atau menghidu bau tersebut. Jadi saya terpaksa mencari serta mencuba beberapa petua untuk mengembalikan bau enak untuk ruangan dirumah saya. Diantara cara mudah yang saya amalkan ialah membersihkan lantai dapur dengan menggunakan cuka makan. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka makan kedalam air, dan siram ke lantai dapur dan mana-mana ruang yang ingin dineutralkan baunya. Pada mulanya bau cuka makan akan memenuhi ruang tersebut, namun akhirnya ia akan hilang bersama-s